Wednesday 27 February 2013

WW-Kuih Koci Labu




Kuih Koci Labu

Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa
  • 3/4 cawan gula merah/gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan.
  • 1/2 cawan air
Cara buat inti: 
  1. Masukkan air,gula merah atau gula melaka,gula pasir daun pandan dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga rata.Masak hingga inti kering.
  3. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuih : 

  • 1/2 biji labu (rebus dan lecek) 
  • Tepung pulut-secukupnya
  • Sedikit garam 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Daun pisang yang telah dilayur secukupnya 
Cara-cara: 
  1. Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak. 
  4. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai. 
  5. Kukus didalam pengukus yang telah di panaskan selama 20-30 minit(sehingga masak).
*Boleh juga letak dadih-1 cawan santan pekat,1 sudu besar tepung beras dan sedikit garam kacau di atas api perlahan-lahan hingga pekat dan tidak bergentel.Letakkan sedikit dadih masa membungkus kuih koci.  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 21 February 2013

Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum ni sis pernah cuba resepi ni tapi guna ayam,en3 di SINI.Memang sedap sgt,tu yang bila hubby beli ikan duri yang bersaiz agak besar bahagian kepalanya sis masak kari guna resepi ni lagi.Resepi asal dari Chef Wan dan sis ambil dari blog CMG.Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi yang enak ini.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba.


 Kari Kepala Ikan Duri Gaya Goa
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri(sis guna seketul kepala ikan duri-belah 2)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 19 February 2013

Sambal Kicap Power.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau makan soto atau bihun sup mesti nak ada sambal kicapkan.Biasanya kalau buat sambal kicap ni,memang sis selalu buat banyak2 dan simpan di dalam peti ais.Selain di makan dengan apa2 jenis sup,sambal kicap ni sesuai juga di buat cicah pisang goreng.Kalau nak pedas lagi bolehlah di tambah cili,dan sekiranya tak suka pedas boleh tambah kicap atau kurangkan cili....ikutlah selera dan citarasa masing2.
Selamat mencuba.    


Sambal Kicap Power

Bahan-bahan:
  • 100gm cili padi
  • 3 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 botol kicap lemak manis cap kipas udang
  • Minyak -secukupnya
Cara-cara:
  1. Satukan bawang besar dan bawang putih,goreng dengan minyak hingga garing.
  2. Goreng cili padi hingga layu.
  3. Blend cili,bawang dan kicap hingga hancur.Siap untuk di makan bersama soto dan aneka sup. 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 17 February 2013

Siput Sedut Masak Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siput sedut masak lemak,lauk fav bondaku....kalau datang Melaka mesti beli siput sedut.Sesiapa yang suka makan siput sedut bolehlah mencuba resepi ni....sedap makan dengan nasi panas2.
Selamat mencuba.


Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan:
  • 500gm siput sedut
  • 3 batang serai-titik
  • 1 helai daun kunyit-siat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan serbuk perasa-secukupnya
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara:
  1. Bersihkan siput dan potong ekornya.
  2. Satukan semua bahan-bahan kecuali santan pekat,masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.Kacau hingga mendidih.
  4. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 15 February 2013

Ayam Sambal Hutan


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Sedap juga rasa ayam sambal hutan ni,dah ramai rakan blogger yang mencuba resepi dari Ayu S'pore ni.Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.


Bahan2:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup
Cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar.
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...