Tuesday 19 March 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kek lapis asam manis ni sis buat baru2 ni,dah tak ingat pulak harinya....maklumlah sibuk sangat sejak akhir2 ni,tu yang tak dapat nak update blog hari2.Buat masa ni tak dapatlah sis nak blogwalking seperti dulu2,tak sempat sangat2 huhuhu.Apapun ribuan terima kasih kepada semua penggunjung blog SNH yang masih sudi singgah di sini.  

 Sedap kek ni,terima kasih kepada penyumbang resepi kek ni.


Kek Lapis Asam Manis
Sumber:Buku resepi asas kek lapis

Bahan-bahan:
  • 450gm mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 180gm gula halus/kastor
  • 10gm ovelette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 375gm susu pekat
  • 160gm tepung hong kong
  • Asam manis/haw flakes
  • Pewarna hijau,merah dan kuning
Cara-cara:
  1. Masukkan mentega kedalam mangkuk adunan dan pukul sebentar.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla,pukul hingga kembang.
  3. Masukkan gula dan ovellete ke dalam adunan dan terus putar.
  4. Seterusnya masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi dan putar lagi.
  5. Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit kedalam adunan kemudian kacau rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati. 
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Warnakan hijau,merah dan kuning.
  8. Masukkan 4 sudu makan adunan hijau kedalam loyang 8x8 yang telah dilenserkan berserta kertas minyak dan bakar dengan api atas dan bawah hingga berwarna keperangan.
  9. Angkat dan tekan permukaan kek dengan penekan agar permukaan kek rata.
  10. Kemudian masukkan adunan merah,ratakan dan bakar guna api atas sahaja hingga keperangan.Angkat buat seperti proses no 9.
  11. Masukkan adunan kuning dan susun kepingan asam manis/haw flakes dipermukaan kek dan bakar hingga keperangan.  
  12. Bakar berselang seli hingga adunan habis.
*Taburkan kepingan asam manis di atas adunan di setiap 3 lapisan. Bakar dengan suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5 ulasan:

Unknown said...

terliur~
warnanye menarik sgt2!!

Unknown said...

kak zi dapla kek ni..teringat zila beli asam ni bln lps..tapi tak terlapis2 kesudahan jeling balik bln ni dah xdek kena sebat dek org dlm umah dah..hehehe

Sue Bee said...

ceria sungguh kalernya itu..sedap kek nih

Rohah said...

last mamam kek ni hari raya ari tu...bagai teringin nak melapis la pulak...tp ntah bila

ANISRAHIM said...

Wahhh. payah ni nak buat, nasib anis hanya suka kek berasas coklat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...