Tuesday 19 February 2013

Sambal Kicap Power.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau makan soto atau bihun sup mesti nak ada sambal kicapkan.Biasanya kalau buat sambal kicap ni,memang sis selalu buat banyak2 dan simpan di dalam peti ais.Selain di makan dengan apa2 jenis sup,sambal kicap ni sesuai juga di buat cicah pisang goreng.Kalau nak pedas lagi bolehlah di tambah cili,dan sekiranya tak suka pedas boleh tambah kicap atau kurangkan cili....ikutlah selera dan citarasa masing2.
Selamat mencuba.    


Sambal Kicap Power

Bahan-bahan:
  • 100gm cili padi
  • 3 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 botol kicap lemak manis cap kipas udang
  • Minyak -secukupnya
Cara-cara:
  1. Satukan bawang besar dan bawang putih,goreng dengan minyak hingga garing.
  2. Goreng cili padi hingga layu.
  3. Blend cili,bawang dan kicap hingga hancur.Siap untuk di makan bersama soto dan aneka sup. 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Nur Nainis said...

Menarik..ini lah saya cari..baru minggu lepas buat bihun sup..hehe..terima kasih kak sebab share.

Anum said...

sedapnya

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Emmm menarik ni..goreng bawang n cili guna minyakkan..? bukan sangrai/tanpa minyakkan..? Then klu goreng berminyak, agak2 sampai bawang tu layu saja ke atau sampai garing..?

Norzie hany said...

Sue...goreng dengan minyak hingga kuning dan garing.Kejap lg akak betulkan n3.

asmahyusof said...

Pernah try resepi mcm nie...mmg wangi n sedap sambal kicapnya....wangi sebb bau bwg gorengnya thanks kak :)

Unknown said...

sambal kicap ni power laa saya suka time makan ngan bihun sup

eita said...

terliur jugak tengok ni tapi mood memasak hilang

Rohah said...

betul2 kaw ni..

Syahirah Hashim said...

anda di tag

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

inazamri said...

dah penah buat mmg power.sedap!

rulien said...

Tgkap leleh..sape blum try wajib menerai

Unknown said...

kalau ada yg tolong buatkan lagi sedap..

Unknown said...

Serius sedap... mmg power.. br je buat utk org dtg beraya jabgi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...