Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger yang sudi singgah di sini.
Sis memang gemar sangat masakkan berasaskan labu...tak kira la buat sayur atau buat sebarang kuih,semua sis bedal.
Selain dari buat sayur,labu manis boleh juga di buat pelbagai jenis kuih muih,puding atau manisan.
Jemput-jemput labu yang selalu sis buat untuk sarapan pagi atau minum petang...kuih kegemaran anak dara saya.Dia pun dah lulus buat jemput-jemput ni.Buatnya senang aje...Mari kita tengok resepinya.
Jemput-jemput Labu
Resepi:Norzie hany
Bahan-bahannya:
- 3 cawan labu - rebus & lecek
- 1/2 cawan gula pasir
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bicarbonate
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
Caranya:
- Campurkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
- Gaul dan ramas hingga sebati.Biarkan lebih kurang 5 minit barulah di goreng dalam minyak yang telah di panaskan.
- Bila sudah kekuningan angkat dan toskan.
- Hidangkan.
16 ulasan:
Alahai... comel-comel, bulat-bulat sedapnya. Senang je nak makan sebiji-sebiji ngap...
bolat2 jemput2 labu tu...comeiii...tp rasanya mcm rmi pula buat resepi mnggunakan labu hrni...hari labu ker??hehe
Salam dear... wah ni sedap ni.. mesti lemak dan gebu aje kan.. tak pernah cuba.. Insyallah nanti bila ada labu nak mencuba. tq yaa..:))
wahhhh.. sedapnye~ saya pon suka kuih berasaskan labu nih.. sedap sgt~
hamboi..sedap gak rupa bulat2 nih..kalau tak campur gula, bleh ke?
saya tak pernah lagi cuba buat jemput2 labu ni, biasa labu buat pengat atau masak lemak je...
wahh x pernah cuba jgk nie..mesti lemak2 manis kan..nnt nk try jgk la,,:)
weekend lepas jemput jugak utk breakfast kami.. senang & sedapkan kak.. x penah cuba jemput labu.. selalu wat jemput2 bilis jer..
mulat2 cucurnya, sedap arrr klu dpt buat minum ptg..
salam kak..mengoda betol la tengok cucur petang2 camni..1st dengar cucur labu ni..nampak sangat malas masak kan, tu yg tak pernah dgr tu..
Comelnya jemput2 labu tuu..bolat2 jer..klu yana bt mst jd mcm2 bentuk dan rupa hihii..
Nnt nk buat la mcm nii..
Selalunya labu buat lepat ke koci atau pun pengat jer..
senangnye .. nak cuba nak cuba !
sy pun mkanan berasas labu... plg sk lepat labu... :-)
Tak pernah cuba. Suka makan masak lemak labu ;)
Tak sedaplah kau buat labu tu ��
Post a Comment