Wednesday 6 March 2013

WW-Biskut Buah Kana


Biskut Buah Kana

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawang tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla - optional
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • jem secukupnya
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas. 
*** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

3 ulasan:

Rosidah Binti Muhamad said...

wah..mcm best jer..biasa mkn jeruk buah kana..hehe..

Acik Erna said...

assalam norzie lama dah acik tak jumpa biskut ni..di rumah2 sedara mara kalau raya pun dah tak jumpa..ada satu masa dulu..biskut ni amat popular..boleh katakan setia rumah ada

Rohah said...

lama kita tak makan biskut ni kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...