Thursday, 11 July 2013

Biskut Sarang Semut

 Salam Ramadhan kepada semua rakan2 dan pengunjung blog SNH.Semoga bulan yang mulia ini menjadi saat bermakna untuk kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.
Sebenarnya banyak perkara yang nak sis kongsikan bersama tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.
Kepada sesiapa yang suka makan kuih sarang semut,raya ni bolehlah cuba buat sendiri.

Biskut Sarang Semut

 Bahan 

250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum.....] 
100 gm tepung jagung.......] di ayak 
1 biji kuning telur 
1 s/teh esen vanilla
Pewarna kuning telur(saya tambah)

hiasan 
Sedikit coklat rice 
sedikit manik gula kecil(warna-warni) 
secukupnya paper-cup kecil 

Cara 
1. Pukul kembang butter dan gula. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 
3. Masukkan tepung dan gaul rata. 
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup. 
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Amboi noziey... semut dah mula buat datang ye ehe :D

p/s akak ni tgok kerajinan pulak nak buat sendiri atau tak payah :P

lizz said...

ermmm sedapnyer...kalo saya sepinggan tu kejap jer habis...hehe

Cida de' Nuanza said...

wah...dah siap sekut raya dia... tergugat perasaan ku

Alya Natasha said...

sedapnyer.. suka sangat biskut ni... lama x makan..

inazamri said...

zaman sekolah dulu ada gak tolong makcik buat biskut ni.buat sdiri tak penah.

Sayangku Zie said...

bulan puasa ni orang cari biskut raya lah kan.. hehehe sedapnya biskut ni lama tak makan

ainnoraini said...

Waaa..dh ada biskut raya...sedap tu..klu mkn mmg tak cukup 3@4 ketul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...