Friday, 4 January 2013

Nasi Minyak

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua penggunjung blog SNH.
Bersiaran kembali setelah beberapa hari menyepi....baru sembuh sedikit dari demam dan baru malam tadi dapat blogwalking 3,4 buah rumah kawan2.
En3 pertama di tahun baru....nasi minyak yang sangat mudah untuk di sediakan.Sebut nasi minyak dah terbayang majlis perkahwinankan.Nasi minyak ni sis masak beberapa hari yang lepas berlaukkan ayam masak merah.Boleh di katakan selalu jugalah sis masak nasi minyak ni...nasi kegemaran hubby dan anak-anak.Resepi nasi minyak ni memang sangat mudah untuk di sediakan dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak.
Sis berkongsi resepinya di sini dan sesiapa yang berminat bolehlah mencuba ye. 

Nasi Minyak 
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan beras basmathi - (sis guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan kismis kuning
  • Daun saderi/daun ketumbar
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan tumis:
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak,masukkan semua bahan tumis dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan beras,air dan susu cair,garam dan kacau rata.
  3. Masukkan semua kedalam rice cooker dan on kan.
  4. Bila nasi sudah masak,titiskan pewarna kuning dan tabur kismis dan daun saderi atau daun ketumbar.Tutup tudung peruik dan biarkan sebentar.
  5. Gemburkan sedikit guna chopstick, jangan kacau lama-lama bagi mengelakkan nasi patah atau hancur.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 ulasan:

Amie said...

Nasi minyak memang sedapkan Norzie, lagilah kalau berlaukkan ayam masak merah! Rasa lapar ni... memang lapar pun sebab belum lunch!

Unknown said...

oohhh.. sedapnye.. nasib lah weken haitu ade gi kenduri.. dapat lah lepaskan gian nak makan nasi minyak..hehehehe

Jujubabes said...

tengok gambar pon dah sedap ..kite memang suke sangat makan nasi minyak ..bak kate kak Amie, kalau berlaukkan ayam masak merah, lagi terangkat :D

Nur Afrina said...

Sedapnya! huhu terima kasih kongsi resepi. boleh try nanti. hehe :D

miss oat said...

wah..sedapnye..tetiba teringin nak makan nasi mnyak lepas tgk resipi kak hany ni...

LiNa_Pg said...

Sedapnya ns myk..kalau ngan gulai kawah sekali memang best giler

Anonymous said...

js slalu p kt presint 9 kalau nk mkn nasi minyak..js tunjuk2 je sis...hikhik

Magia da Inês said...

Receita maravilhosa.

✿✿.¸¸.•´
BOM░░░º°✿░░░FIM DE✿º°░░░SEMANA!░░░

Beijinhos do Brasil.
·.¸.•♪♪

Qasey Honey said...

tetiba jd teringin lak nk mkn nasi myk ni...lauknya mne ye kak..hehe

mantap resep said...

NASI MINYAK MEMANG SEDAP BETUL, TRIMAKASIH RESEPNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...