Monday, 28 January 2013

Blueberry/Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Blueberry dan strawberry cheese tart yang saya buat petang semalam.Terima kasih kepada Azita Zain kerana sudi berkongsi resepi cheese tart yang enak ni.Saya mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.
Selamat mencuba. 




Blueberry Cheese Tart
Sumber:Azita Zain

Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.


Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry/strawberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.

 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sis
sedapkan sekali sekala layan tart cheese ni, buat sendiri tentulah puashati dan puas makan kan sis
resepi Azita ni memang ok sy pun suker berbanding resepi2 lain dah cuba mcm2 tp yg ni memang terbaiklah
cantik bunganya tu kalau sy he heee comot2

Amie said...

Suka betul kalau dapat cheese tart filling blkueberyy atau strawberry barang seketul dua.. nak buat sendiri tapi asyik tangguh2 saja! Tumpang jamu mata di sini ye Norzie...

eita said...

pandai nyer akak buat...

ita cuba buat tapi tak jadi..hancussss..

Unknown said...

akak pun lama dah tak buat ni tunggu majlis apa2 baru buat heeee malas jugak nak tunggu Norzie punya pun gamaknya jamu mata je lah

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam sis norzie..

cantik kejadian cheese tart tu... sya juga yang belum cuba2 lagi cheese tart ni.. resepi dah lama simpan.. hehe.. malas sungguh nak gentel crust tu.. padahal dulu kerja ni yg sy paling rajin.. now acuan tart dok menganggur jer.. hehe..

p/s: sy dah buat resepi siakan laprik.. dah dikongsi di blog.. mohon halal ye kak.. t.kasih..

Rohah said...

sedap takleh nak kata...tak cukup satu kalau ngap..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah sedapnyerrrr nengok

s h a said...

Comelnye cheese tart akak.Ni yg terase nak cuba jgk ni.Yg bunga hijau merah tu naikla. :)

Myra Jay said...

Wowww!! dah lama tak makan, terliur ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...