Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berkongsi resepi nasi ala kantan...resepi dari Hajah Shiela Rusly.Sekiranya ada yang berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba
Nasi Ala Kantan
Oleh:Norzie hany
Sumber:Buku resepi Ketuk2 Ramadan.
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi-saya rendam 20 minit
- 100gm marjerin
- 100gm biji gajus goreng
- 50gm stok ayam
- 2 kuntum bunga kantan
- 2 helai daun pandan-simpul
- Bawang goreng
- 2 cawan susu cair
- 2 cawan air
- Garam-secukup rasa.
Cara-cara:
- Basuh beras dan toskan.
- Masukkan kedalam periuk nasi dan masukkan air,susu cair dan daun pandan.
- Kemudian masukkan stok ayam dan garam.
- Bila nasi hampir kering taburkan bunga kantan dan marjerin.Masukkan juga gajus dan bawang goreng ke dalam nasi.
- Kacau hingga sekata(perlahan2 supaya nasi tidak patah/hancur) dan biarkan nasi kering dan sedia untuk dihidangkan.
5 ulasan:
salam Norzie mesti wangi nasi ni kan macam nkk try je sbb bunga kantan ada kat umah akak ni
macam sedap ye. ni makan dengan lauk apa selalunya? ke apa apa pun boleh?
wahh, macam sedap..huhu, nak try lahh,.nice sharing ^^
btw, jom ke blog hanna, ade post baru :)
http://farhanabiella.blogspot.com/2013/01/what-was-your-first-impression-of-me-erk.html
asslama norzie..acik meang suka mencuba resepi nasi..tapi nasi kantan di tak pernah cuba lagi
Sedapnya norzie... nanti akak nak Cuba lah ;-)
Post a Comment