Assalamualaikum dan salam ceria semuanya.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah dan meninggalkan sedikit coretan di ruangan komen.
Terus pada tajuk en3....Kuih Kasturi/Kuih Rengas untuk minum petang.Zaman sekolah dulu bonda jual kuih kat kantin sekolah,sis kenalah tolong bentukkan kuih ni.Bukan kuih kasturi ni aje....macam2 kuih lagi.Kehidupan orang felda dulu faham2 aje la....sape anak felda sila angkat tangan.Tapi orang Felda sekarang dah boleh senyum lebar...ye ke.
Dah tersasar dari tajuk....resepi Kuih Kasturi/Kuih Rengas sis sertakan di sini ye.
Kuih Kasturi/Kuih Rengas
Oleh:Norzie hany
Kuih Kasturi Bahan Inti
- 250gm kacang hijau - di rendam
- 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
- 1 cawan gula pasir-boleh tambah/di kurangkan
- 1/2 cawan kelapa parut muda
- 2-3 sudu tepung gandum
- Air-secukupnya
Bahan Batter
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil air kapur
- 1/4 sudu teh garam halus
- Sedikit pewarna kuning
- air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
- Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
- Tabur tepung gandum dan kacau rata.
- Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan,
- Ambil inti kacang sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
Batter :
- Satukan semua bahan2 batter dan masukkan air secukupnya (adunan tidak terlalu pekat atau cair).
- Panaskan minyak. Celupkan kuih kacang kedalam batter dan gorenglah hingga warna keemasan