Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kek karamel,petang tadi sis buat....tak sempat nak sejukkan dalam peti ais terus aje potong,dah tak sabar nak tunggu lama2 kih3.Tengoklah paras rupa karamelnya...memang tak semenggah tapi keknya gebu dan sedap.Buat untuk makan sendiri kira okay la...kalau nak bisnes rupa mcm ni mmg orang pun tak pandangkan.
Dah ramai rakan blogger yang dah buat kek karamel ni cuma sis aje yang agak ketinggalan.Sebenarnya memang dah lama berhajat nak buat tapi tak terbuat-buat.Pasal terjadinya kek karamel ni pun bila terpandang en3 Asyifa hari ni....betul2 sis tergoda.
Resepi asal milik Munirah Baharum dan Azlita Aziz.Terima kasih kepada pemilik resepi ini dan sis mohon share di sini sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Resepi asal milik Munirah Baharum dan Azlita Aziz.Terima kasih kepada pemilik resepi ini dan sis mohon share di sini sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Kek Karamel
Oleh:Norzie hany
Sumber:Munirah
Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan
Bahan Karemel
- 1/2 tin susu cair
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
*Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
*Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti.
Adunan Kek Bahan 1
- 70g gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.
Merinque
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70g gula castor
- 1 sudu teh krim of tar2
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
- Pukul putih telur hingga berbuih
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.Gaul rata secara kaup balik
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
*Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
- Belang- belangkan adunan
- Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
- Akhir sekali dengan satu sudu.Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
- Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
10 ulasan:
cantik nya..dan tentu sedap...
jeles tul dgn org yg pandai memasak ni...sbb kite tak pandai..huhu
cantik kek tu cam pelangi, tergoda nak merasa tau :)
suka tgk warna dia tu...cunlah! lama juga dah tak buat ni... dulu masa buat asyiklah rasa nak buat lagi & lagi sbb kek dia sedap & moist kan..
adui sedapnya ni....
canteknyer! sayang nak makan~ kekeke
suka tapi tak rajin lagi nak buat...
Assalamualaikum...
wahhh berkek karamel ye..
kek ni mmg sedap.. nak buat pun cabaran juga.. macam2 nak kena prepared.. tapi hasilnya THE BEST! kan.. :) anak2 suka makan.. tak per buat..
as salam
lawa la, boleh jual ni..color combine yang cute :)
wah.. acntiknya warna dia kak.. :-)
wah.. acntiknya warna dia kak.. :-)
Post a Comment