Assalamualaikum dan salam ceria.
Esok kita semua akan menyambut hari raya Aidil Adha@Hari Raya Korban yang merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam seluruh dunia.Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 di alam maya ini dan semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada.
Hari ni kami sekeluarga akan pulang ke Temerloh Pahang,kiranya ini adalah en3 terakhir sebelum raya.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah S.W.T berikan...tahun ni keluarga kami akan membuat korban seekor lembu dan tambah lagi 2 bahagian.
Jumpa lagi selepas raya nanti dan jika ada yang ingin pulang ke kampung berhati-hatilah di jalan raya.
Biskut Cornflakes Rangup
Oleh:Norzie Hany
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega
- 3/4 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
- 2 cwn tepung naik sendiri
- Mangkuk kertas
- Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
- Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
- Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
- Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
11 ulasan:
salam aidiladha kak norzie...
rajinnya buat kukis raya... budak suka kukis cmni...
Teringat kalau raya puasa mesti suka makan biskut cornflake ni :D
Apapun Salam AidilAdha juga buat akak sekeluarga dan selamat berpuasa pada semua yang berpuasa sunat hari ni ;D
Selamat Hari raya Aidiladha..ermmm cedapnyer biskut cornflakes
Selamat Hari Raya Hany...rajin buat kuih ya...akak tak pernah buat kuih utk raya haji tapi buat kek aje...baru habis bakar kek coklat nak bawa balik kg mlm nanti...
Selamat menyambut aiidil adha Norzie, selamat balik kampung...
Sedapnya..krup2 ja bila mkn biskut ni kan..
salam aidiladha..
waaa..sempat lagi buat kuih raya...
akak memang rajin...
*done nationwide..
Ada lagi ke biskut tu Norzie? Aidil adha ini kakak tak buat biskut pun
salam aidiladha kak...
sedap biskut ni dia rasa crunchy jer kan :)
confleks banyak tapi tak terbuat biskutnya/... huhu
rajinnya kak wat sekut raya..
Post a Comment