Sebelum di kukus
Kuih Kemohong / Kuih Pau
Oleh:Norzie hany
Bahan:-
- 1 kg tepung pau/tepung gandum
- 100 gm gula pasir
- 600 gm air suam
- 2 sudu kecil garam
- 4 tsp saf instant yis/yis mauripan
- 4 tsp baking powder double action
- 80 gm shortening
- Daun pisang/kertas-utk alas
- Inti kacang merah-secukupnya(inti terpulang citarasa masing2)
Cara-cara:-
- Masukkan tepung kedalam mixer.
- Di dalam bekas yg lain satukan yis,garam,gula,baking powder d/a dengan air suam dan kacau hingga gula larut.
- Masukkan bancuhan yis kedalam tepung dan putar guna speed 1 dulu.
- Bila bahan2 sudah sebati masukkan shortening dan tukar pada speed 2.
- Putar hingga adunan menjadi doh lebih kurang 20 minit.
- Keluarkan doh dan timbang 25gm,masukkan inti dan alas dgn daun pisang seterusnya susun dalam kukusan.
- Tunggu naik lebih kurang 20-30 minit dan bolehlah di kukus di dalam penggukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
- Kukus selama 7-10 minit.
*Kalau nak pau wangi-masukkan sedikit daun pandan dalam air kukusan.
*Jangan kukus terlalu lama dan jangan guna api yg kuat-nanti pau berkedut.
*Kalau tak ada shortening boleh guna margerin.