Assalamualaikum semua.
Syukur Alhamdulillah,bertemu lagi kita di en3 kali ini dengan kesihatan sis yang tak berapa sihat.Dari semalam dok batuk2 aje.
Terus pada tajuk en3....kuih bakar pandan.ramai yang cakap kalau di bakar garing2 lagi sedap...betul gitew.
Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Bakar guna acuan kecil...senang nak makan.Silalah ambil seketul sorang.
Bakar guna acuan kuih kemboja.
Nampak tu....sedap ngko.
Kuih Bakar Pandan
Oleh:Norzie hany
Sumber:My resepi@Yoayee
Bahan- Bahan
- 1 cawan gula
- 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
- 2 sudu makan mentega
- 3 biji telor
- 1/2 sudu teh garam
- pewarna hijau
- bijan
Cara-Cara:-
- Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
- Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing .
12 ulasan:
sedapnya mmg ayu suka mkn ni ;-)
mmg sedap kuih ni..lama dah tak beli..eh beli plak, nak buat bile nye tah :)
GD pun selalu buat. memang sedap kalau lebih garing.. bak sikit..
blog ni bagus utk leeza. sbb leeza baru mahu belajar memasak. boleh lah cuba2..
bilalah sy nak membingka lagi ni..hihi..banyak tu kak...boleh makan ulang2..
memang sedap mata memandang...hurmmm rasa lapar pulaks
terliur.. uwaaaa~
Sedapnya...
Lapar terus nampak kuih bakar pandan tu bah ^_^
Sdpnya,sy suka yg garing camni.Mesti mkn yg garing dulu.Last mkn yg tgh.Nmpk lembut jer texture kuih bkr ni
assalamualaikum kak norzie..bestnya kuih ni..suka makan tapi blm pernah cuba buat sendiri..
serba serbi pandai akak ni..
serba serbi pandai akak ni..
Post a Comment