Friday, 12 October 2012

Laksam


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Terima kasih kepada semua follower dan mengunjung blog ini.Terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang sudi mencuba resepi dari blog ini,mmg sis izinkan untuk cnp resepi dari sini cuma kalau nak copy gambar2 tu perlulah minta keizinan ye.
Korang pernah makan laksam tak?...mesti ramai yang jawap pernah dan suka makan laksam ni ye.Laksam ni adalah sajian dari masyarakat Pantai Timur.Jarang juga sis buat sendiri kecuali atas permintaan anak2.Laksam ni pun sis buat masa anak sulung balik bercuti tempoh hari...lambat sikit buat entrynya.Tidak ada cerita di sebalik laksam ni...cuma bila sis buat laksam mesti masak nasi utk hubby sebab dia tak makan sebarang laksa atau laksam.



Laksam
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
Cara membuat laksam:
  1. Satukan bahan2 di atas dan gaul hingga tidak bergentel.
  2. Panaskan penggukus dan letak adunan ini di atas tudung periuk yang telah di sapu sedikit minyak.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.Kukus hingga masak.
  3. Angkat dan gulung.Buat hingga adunan habis.
Bahan untuk kuahnya:
  • 6 ekor ikan kembung(rebus dan ambil isinya)
  • 10 biji bawang merah
  • 2 sm halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuahnya:
  1. Kisar isi ikan,bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam santan.
  3. Masak dengan api yang sederhana dan masukkan asam keping.Perasakan dengan garam dan gula.Kacau selalu supaya kuahnya tidak berketul.Bila sudah mendidih bolehlah di angkat
Bahan untuk sambal:
  • Sedikit cili besar/cili padi
  • Sedikit cuka
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
Caranya:Satukan bahan2 sambal tumbuk atau kisar hingga lumat.

Bahan-bahan Ulam:
  • Daun kesum-hiris
  • Bunga kantan-hiris
  • Tauge-jika suka
  • Kacang panjang-hiris nipis
  • Timun-sagat
  • Kobis-sagat
Penyediaan laksam:
* Potong laksam 1sm kedalam mangkuk dan curah kuah diatasnya.Makan bersama ulam-ulaman dan sambal.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Cheq Sue said...

laksam...kalau dapat sepinggan hujan-hujan ni memang sedap la kak... slurrrpppp

Nur Nainis said...

sedapnya..tapi baru je kakak buat minggu lepas.

LiNa_Pg said...

Sedapnya laksam..saya tak pernah wt laksam sendiri sbb rasa ak berbaloi..anak2 xmakan.Selalu aci beli kat psar malam jer..sedapnya kuah banjir camni

Unknown said...

sedapnye~ rasa nak try buat lah.. x de lah susah sgt nak buat laksam kalo ikut resepi akan nih...:)

Saya Disini said...

xpernh mkn laksam

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa bulan ramadhan lepas laksam salah satu makanan paling banyak kakak beli. Sebab kami sekeluarga suka laksam..

Kasih Salina said...

saya memang suka makan laksam..org ganu mkn laksam buat b'fast kalo kat rumah saya di ganu la..duk kat kedah ni ada juga jual di pasar mlm tp lain rasanya..tak berlemak..

Rohah said...

alahai...sedap sangat ni..bilalah nak buatnye..

nazayiena said...

Nurul lama dah x masak laksam nie sejak pindah semenanjung,dulu kat S'wak masak sendiri sbb jarang jumpa ada org jual.

Tie HT said...

dapnye laksam, banyak betul menu dalam ni yg dah lama saya tak makan.. :)

Qasey Honey said...

sedapnya time2 hujan ni dpt mkn laksam sambil tgk tv...

saly said...

laksam ...memang saya suka tau.. orang tganu mmg 'wajib' suka si laksam ni....mmm..sedap!..:)

Cikrosecute said...

Dah lama tak makan laksam...Kak terima kasih klik nuffang saya...saya dah klik nuffang akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...