Friday, 31 August 2012

Rendang Daging Lecah


Assalamualaikum semua.
Berkongsi sedikit tentang rendang yang sis buat di rumah bonda pada raya pertama.Biasanya sis akan buat rendang yang lecah atau basah2....keluarga memang suka makan rendang macam ni,sedap bila di cicah ketupat atau lemang.Bila tak habis barulah di panaskan hingga kering pula.
Resepinya mudah sahaja.


Rendang Daging Lecah
Oleh: Norzie Hany

Bahan-bahannya:
1 kilo daging -dipotong kecil
3000ml santan pekat
400gm kerisik
5 helai daun limau purut- di siat
2 helai daun kunyit- dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
6 batang serai
15 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sm lengkuas

Bahan sangai dan  kisar halus:
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih




Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan santan.
  3. Apabila daging telah empuk masukkan rempah sangai,kerisik,air asam jawa,daun limau purut dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak dengan api perlahan dan jangan sampai kering.Angkat dan bolehlah di hidangkan bersama ketupat atau lemang.

Wednesday, 29 August 2012

Fancy Strawberry Ice Cream Cookies

Assalamualaikum semua....semoga semuanya sihat dan gembira di bulan Syawal ini di samping keluarga tersayang.



Biskut yang paling laku dan sangat di gemari oleh kanak2....mungkin rupanya seperti ice cream.Terima kasih Ida kerana sudi berkongsi resepi biskut yang sangat enak ini.


Fancy Strawberry Ice Cream Cookies
Oleh:Norzie hany
Sumber: Ida

Bahan-bahannya
  • 130gm butter
  • 60gm gula icing
  • 160gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 20gm tepung ubi
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 20gm serbuk badam
  • Sdkt vanilla essence
  • 1 biji kuning telur utk sapu atas biskut (saya tak letak)
  • 1 sudu teh emulco strawberry (saya tambah)
  • Sedikit pewarna merah(saya tambah)
  • Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan






Cara-caranya
  1. Pukul butter + gula sehingga kembang.
  2. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. 
  3. Gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
  5. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 degree sehingga ia masak (saya bakar dlm 6minit)
  6. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Saturday, 25 August 2012

Tumpi Dan Rempeyek

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri....maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 blogger.
Bertemu kembali kita dengan en3 pertama selepas seminggu menyambut Syawal.


Setiap kali raya memang tumpi dan rempeyek wajib ada....memang laris dan paling dulu habis.Biasanya sis akan buat tumpi kacang hijau & kacang dal (kena rendam semalaman) dan rempeyak kacang tanah menggunakan adunan yang sama.Kalau nak cuba resepinya di SINI. 


Semalam sis terima kad raya dari Ummi Iman.Terima kasih ye Rose....semoga persahabatan kita di alam maya ini berkekalan dan di redhai Allah hendaknya.




Terima kasih juga buat Fieda atas kiriman brooch berbunga biru.Sebenarnya dah banyak kali sis terima brooch yang cantik2 dari Fieda.Sayang Fieda....muahhhzzz.

Friday, 17 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Syukur Alhamdulillah....sudah sampai kita semua ke penghujung Ramadhan,semoga segala ibadah kita di bulan yang mulia ini di terima dan di berkati hendakNya.
Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan2 blogger...dan maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap atau terkasar bahasa ketika mencoretkan en3 di ruang ini atau ketika meninggalkan komen2 di blog rakan2. 


Thursday, 16 August 2012

Biskut Cornflakes Rangup



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
First time sis buat biskut cornflakes rangup ni....memang sedap dan rangup sekali.Raya tahun depan,kalau ada umur boleh buat lagi  sebab mudah dan anak2 pun suka.


Terima kasih ye Yatie kerana sudi berkongsi resepi biskut cornflakes rangup yang enak ni.Kalau rakan2 nak buat untuk hari raya sempat lagi.




Biskut Cornflakes Rangup
Oleh:Norzie Hany
Sumber: Yatiememories

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil





Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Wednesday, 15 August 2012

Popia Simpul Kasih


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Tiap-tiap tahun memang tak pernah tinggal buat popia simpul kasih ni.Part menyimpul popia ni sis memang pro,cepat aje siap.


Tahun ni sis buat guna inti serunding ikan bilis.Sebelum ni inti serunding udang kering.
Resepi serunding ikan bilis di SINI.

 Serunding ni dah buat awal2 hari tu tapi simpul popia ni kena buat dekat2 nak raya.


Kalau tiba hari raya popia simpul kasih ni mesti habis dulu. 

Tuesday, 14 August 2012

Tart Nenas Gulung



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Kuih tart nenas gulung yang di buat minggu lepas,baru hari sempat buat en3.Tahun ni beli kerepek dan kacang-kacang aje.Biskut buat sendiri ala kadar sahaja dan biskut tart nenas ni wajib ada.
Jom kita kongsi resepinya.


Tart Nenas Gulung
Oleh: Norzie hany
Sumber : Citarasa Wan

Bahan-bahannya:
150gm mentega
100gm marjerin
30gm gula aising -di ayak
1 biji kuning telur
1 tbp esen vanilla
300gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
1 tsp baking powder
2 tbsp susu tepung-jika suka
Jem nenas -secukupnya

Glaze/Sapuan:
2 biji kuning telur + sedikit air dan setitis pewarna kuning


Cara-cara:
1.Pukul mentega,marjerin dan gula hingga sebati
2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul sekejap hingga rata.
3.Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.Ambil sedikit doh dan letak dalam acuan(picit seperti semprit)dan tekan untuk mendapatkan jaluran 6 cm.Letakkan jem (yang telah di bentukkan bujur)pd hujungnya dan gulung kemas.
4.Sapu di atasnya kuning telur.Bakar pada 160c selama 20-25minit atau hingga keemasan

Pandan Green Lace Cookies/ Samprit Pandan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Syukur Alhamdulillah...sudah sampai kita kepenghujung Ramadhan.Tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut hari raya,memang dah terasa bahangnya.
Biskut samprit lagi tapi kali ni perasa pandan pulak,korang mesti cuba resepi dari kak Wan ni....memang sedap.


Kalau guna acuan kuih tart gulung,biskut ni agak nipis...kalau suka tindihkan selapis lagi.
Jom kita kongsi resepinya.



Pandan Green Lace Cookies/ Samprit Pandan
Oleh:Norzie hany

Bahan A

200gm mentega
100gm gula aising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/Pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal.

Bahan B

250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard

Hiasan:Coklat masakkan putih dan manik hundred thousand



Cara-cara:

1. Pukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B yang telah diayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.Rehatkan selama 1 jam
2.Gunakan nozzle tart gulung dan tekan di atas loyang yang telah di gliskan.Potong mengikut saiz yang di kehendaki.
3.Panaskan oven dan bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4.Biarkan biskut sejuk barulah di hiaskan dengan coklat putih yang dicairkan secara double boiler,masukkan ke dalam kon kertas dan gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur manik bewarna.
5.Biskut ini agak nipis,jika mahu tindihkan selapis lagi. 

Monday, 13 August 2012

Rezeki Di Akhir2 Ramadhan,Menang Tempat Pertama Kuiz Anjuran Novelis Shahriah Abdullah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Inilah dia wajah ceria penganjur kuiz,novelis Shahriah Abdullah.

Syukur Ya Allah,Syukur Alhamdulillah kemenangan di akhir-akhir Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.Memang tak sangka dan rasa seperti tidak percaya bila di pagi hari sabtu(11/8/2012) sis terima bungkusan yang agak besar.Bila buka rupanya hadiah hasil dari penyertaan sis dalam kuiz yang di anjurkan oleh peserta Masterchef Malaysia musim pertama iaitu novelis Shahriah Abdullah.Terima kasih ye Sha sebagai penganjur kuiz kerana pilih sis sebagai pemenang tempat pertama dan maaf sebab lambat sikit buat en3 pasal kemenangan ini.Tahniah juga kepada semua pemenang yang lain.

Jom kita story sikit.

Semua hadiah yang ku terima berbalut cantik....berserta kad raya lagi.

Sebenarnya blog Sentuhan Norzie hany ini baru ditubuhkan pada bulan April tahun ini dan ini adalah kemenangan pertama giveaway yang sis sertai.Sebenarnya sis memang dah ada blog khas untuk join contest/giveaway   iaitu blog yang sangat-sangat membawa tuah di mana sis sudah menerima hampir 100 kemenangan diblog Cempaka Kuning. 

Apabila novelis Shahriah Abdullah menganjurkan kuiz pertama beliau dengan motto  
  'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D

Mula2 tu fikir nak join kuiz ni di blog Cempaka Kuning sebab pemenang dinilai dari referral. Bila fikir semula,sis mengenali Shahriah di blog masakan jadi dengan beraninya sis join di blog Sentuhan Norzie hany.Nekad saja sebab follower blog ni tak ramai lagi maklum la masih tersangat-sangat baru dan dalam sebulan ni,uv sehari pun cuma 900 lebih aje.Sayang korang semua yang sudi menjadi tetamu di blog ini...muahzzzzzz.
Kalau sebelum ni join cgl di blog CK sekadar suka2 tapi lain benar dengan join kuiz Shahriah ni....impian memang nak menang sebab salah satu hadiahnya adalah novel hasil karya beliau.Ai peminat fanatik novel u(minat sgt2).  

Sepanjang di gelanggang kuiz Shahriah ni,kami peserta2 kuiz hari-hari terpaksa bermaraton jari mencari jawapan dari soalan2 yang dikemukakan....memang mencabar sebab nak bermaraton kelima-lima blog beliau mencari jawapannya.Bila sampai ke soalan yang ke 26 hingga ke 30 kami terpaksa buat karangan pulak.Part ni sis memang dah pening sebab dah tinggalkan alam persekolahan 20 tahun lalu.Otak dah berkarat nak mengarang segala.Korang tahu tak masa tu rasa nak tarik diri u.Tapi ai nak novel free.
Buat juga karangan dengan motto:
'Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'
(Dalam hati,malunya korang baca karangan koi tu).

Lepas tu....kannnn,Shahriah tak mahu umumkan siapa pemenang katanya tunggu sendiri apa hadiah yang sampai di depan pintu peserta kuiz.Hari2 menunggu dengan penuh debaran dalam hati berkata tak dapat 6 buah novel dapat 1 pun jadi la.Tapi bila 6 buah novel itu menjadi milikku memang terkelu dan terkaku,macam tak percaya.

Hadiah kemenangan yang telah sis terima:


Sepasang brooch di sertakan sekali.

6 buah novel karya Shahriah dan sebuah buku masakan .

Sepasang kain sutera sari India

Sebatang lipstick estee lauder dan mug masterchef

Inilah hadiah kesemuanya.

Shasha ....mane ngko Sha,hadiah tu buat akak pengsan sekejap.Alahai mug masterchef itu.....bestnya.Mug masterchef sekarang dah bertukar tangan....ermmm pasti teringat kat Sha bila tengok mug tu.Ingat senang ke nak dapat mug azimat tu.
Okay....Belum pernah akak buat en3 pasal kemenangan sebegini panjang sebelum ni.Byk kemenangan di blog CK tak ku update(maaf ye penganjur).
Untuk penutupnya sis nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sha atas pemberian hadiah yang sangat bernilai buat sis,pastinya hadiah ini menjadi kenangan terindah buat diri sis....lebih2 lagi di terima di bulan yang mulia ini.Shasha ku cayangggg....Semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan dan di berkati Allah hendaknya.Sis juga doakan semoga Sha terus maju jaya dalam apa jua bidang yang di ceburi dan semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. 
May Allah Bless U.

Saturday, 11 August 2012

Pai Tee



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Masa pergi kedai baking tempoh hari ternampak ada jual acuan pai tee ni.Terus capai aje...memang dah lama cari sebenarnya.Syukur Alhamdulillah bila dah buat ,anak2 sangat suka...sekejap aje letak atas meja dah licin.
Sedap...sis pun suka cuma agak leceh nak buat satu2 kulitnya.

Jom berkongsi resepinya.

Kulit pai tee



Resepi Pai Tee
Resepi:Norzie hany

Bahan kulit:
  • 50gm tepung beras
  • 25gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 1st garam

Cara buat kulit pai tee:
  1. Campurkan tepung beras,tepung gandum,garam dan buat lubang di tengahnya.Masukkan telur dan air,kacau adunan hingga sebati dan tidak bergentel.Biarkan adunan sebentar.
  2. Panaskan minyak dan rendam acuan sebentar.Celup acuan pai tee kedalam adunan tepung(3/4 paras acuan).
  3. Bila pai tee agak masak keluarkan kulit dari acuan menggunakan garfu.Goreng kulit pai tee hingga kuning sedikit dan angkat.Toskan minyaknya.

Bahan Inti:
  • Sedikit isi ayam-potong kecil2.
  • 1 biji lobak merah-hiris nipis/sagat
  • 1 biji timun-hiris nipis(buang bhgn tengah)
  • 1 biji kecil sengkuang-hiris nipis
  • Segenggam tauge
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • Sedikit minyak menggoreng.

Bahan hiasan atas;
1/2 cawan kacang tanah -goreng dan tumbuk kasar.
Sedikit bawang goreng

Cara buat Intinya:
  1. Panas minyak dan tumis bawang besar hingga layu,masukkan isi ayam yang di potong kecil.
  2. Masukkan lobak,sengkuang,dan tauge dan taburkan garam secukup rasa.Masak sekejap sahaja.
  3. Angkat dan toskan airnya.
  4. Gaul sayur yang di tos tadi dengan timun.
  5. Masukkan inti yang dah siap ni kedalam kulit pai tee dan taburkan kacang tanah dan bawang goreng di atasnya.
  6. Boleh dihidangkan dengan sos buatan sendiri atau sos cili.

Apam Labu


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Bersua lagi kita di en3 kali ini dengan resepi apam labu,sesuai sangat di jadikan juadah berbuka puasa. 
1st time buat dan makan apam labu....ermmm sedap.
Jom kita tengok resepinya.

Apam Labu 
By:Norzie hany
Sumber:Izah Muffin

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam tutup mangkuk adunan.
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Wednesday, 8 August 2012

Biskut Donut/Snow White Cookies


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Tahun ni memang beraya dengan kuih buatan sendiri,rajin sungguh Pn Norzie(Perasan).Kalau nak tahu tahun2 sebelum ni banyak kuih tunjuk yang terhidang di atas meja.Pasal kuih-muih ni hubby i memang tak kisah nak beli ke atau nak buat terpulang pada i.
Puas hati buat sendiri...semua biskut i guna buttercup u.
Lupakan semua tu...jom kita bercerita pasal biskut donut ni.Resepi ni dari blog kak Wan....sis suka cuba resepi biskut dari blog beliau.Kalau korang nak tahu biskut ni rangup dan sedap sgt.
Terima kasih ye kak Wan kerana sudi berkongsi resepi biskut donut yang enak ni dan mohon di panjangkan di blog ni pula untuk rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.  


Biskut Donut/Snow White Cookies
By:Norzie Hany
Sumber: Citarasawan

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kastor 1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum(kisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan:Coklat masakan putih dan manik warna-warni.

Cara:

  1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan berlubang.Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.sejukkan.
  3. Celup biskut dengan coklat putih yang di cairkan secara double boiler.Tabur manik warna-warni.
  4. Biar coklat beku dan simpan dalam bekas.

Tuesday, 7 August 2012

Tart Buah Blueberry

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Bila sudah masuk pertengahan Ramadhan,masing2 memang dah sibuk buat berbagai persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.
Bila dah start buat kuih raya memang dah tak larat lagi nak buat kuih-muih untuk berbuka.Kalau teringin nak makan beli aje di pasar Ramadhan yang berhampiran.Macam2 kuih ada jual kat situ....3 biji rm 1. 
Masa beli barang2 di kedai baking tempoh hari ternampak pulak jem blueberry.Terus aje capai 1 kilo,murah aje cuma rm8.Jem nenas juga ada sis beli....senang kerja tak payah nak susah2 buat jem lagi. 
Untuk pastri tart ni sis cuba resepi dari kak Nor(Secubit Garam).Gebu betul tart ni memang cair dalam mulut.
Terima kasih ye kak Nor kerana sudi berkongsi resepi pastri tart ni dan izinkan saya cnp di sini untuk rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.
Selamat mencuba.

TART BLUEBERRY
Oleh:Norzie hany



250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum
inti blueberry secukupnya
1 sudu teh perisa/esen blueberry
pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)
** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sket
so tambah la tepung ya.. lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan tpg gandum

hiasan: 
1bj kuning telur (sis guna 1 biji telur)
1 titik pewarna kuning (sis guna pewarna purple)
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
*Untuk buat bentuk buah tu boleh rujuk di blog Reen Khan di SINI.

Monday, 6 August 2012

Biskut Semprit Asli

 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Semalam sis buatkan sebalang biskut semprit Asli ni untuk adik perempuan yang tinggal betul2 depan rumah.Untuk rumah sendiri dah plan nak buat biskut semprit pandan.Nanti kalau dah siap sis akan kongsikan di sini.
Biskut yang sis ambil dari My Resepi.Kalau rakan2 nak cuba sis sertakan resepinya di bawah ye.
   



Biskut Semprit Asli
Oleh:Norzie hany
Sumber:My resepi(NZiela)
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

Saturday, 4 August 2012

Cucur @Cekodok Bilis Air Panas


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Sekejap lagi kita semua akan berbuka puasa...ye ke kita( i dah 3 hari ABC u).Selamat berbuka puasa.
Cekodok yang di adun menggunakan air panas...tolong jangan guna tangan masa mengadun bahan2 ini ye.
Guna senduk kayu,memang adunan ini agak kental dan sis pun baru pertama kali mencuba resepi dari Zana(blog Inspirasiku). Teruja tengok cucur bilis yang bulat2 di blognya membuatkan sis ingin sekali mencuba.Alhamdulillah memang menjadi bulat2 gitewww(Tiru ayat Sha). 

Tu dia bulat2 dan lembut sekali.
Ermmm....sedap(Tq ye Zana sebab sudi berkongsi resepi cekodok bilis air panas ni).


Cucur @Cekodok Bilis Air Panas
Oleh:Norzie hany
Sumber: Inspirasiku

Bahan2:

  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..