Saturday 11 August 2012

Pai Tee



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Masa pergi kedai baking tempoh hari ternampak ada jual acuan pai tee ni.Terus capai aje...memang dah lama cari sebenarnya.Syukur Alhamdulillah bila dah buat ,anak2 sangat suka...sekejap aje letak atas meja dah licin.
Sedap...sis pun suka cuma agak leceh nak buat satu2 kulitnya.

Jom berkongsi resepinya.

Kulit pai tee



Resepi Pai Tee
Resepi:Norzie hany

Bahan kulit:
  • 50gm tepung beras
  • 25gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 1st garam

Cara buat kulit pai tee:
  1. Campurkan tepung beras,tepung gandum,garam dan buat lubang di tengahnya.Masukkan telur dan air,kacau adunan hingga sebati dan tidak bergentel.Biarkan adunan sebentar.
  2. Panaskan minyak dan rendam acuan sebentar.Celup acuan pai tee kedalam adunan tepung(3/4 paras acuan).
  3. Bila pai tee agak masak keluarkan kulit dari acuan menggunakan garfu.Goreng kulit pai tee hingga kuning sedikit dan angkat.Toskan minyaknya.

Bahan Inti:
  • Sedikit isi ayam-potong kecil2.
  • 1 biji lobak merah-hiris nipis/sagat
  • 1 biji timun-hiris nipis(buang bhgn tengah)
  • 1 biji kecil sengkuang-hiris nipis
  • Segenggam tauge
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • Sedikit minyak menggoreng.

Bahan hiasan atas;
1/2 cawan kacang tanah -goreng dan tumbuk kasar.
Sedikit bawang goreng

Cara buat Intinya:
  1. Panas minyak dan tumis bawang besar hingga layu,masukkan isi ayam yang di potong kecil.
  2. Masukkan lobak,sengkuang,dan tauge dan taburkan garam secukup rasa.Masak sekejap sahaja.
  3. Angkat dan toskan airnya.
  4. Gaul sayur yang di tos tadi dengan timun.
  5. Masukkan inti yang dah siap ni kedalam kulit pai tee dan taburkan kacang tanah dan bawang goreng di atasnya.
  6. Boleh dihidangkan dengan sos buatan sendiri atau sos cili.

11 comments:

  1. salam kak..saya tak pernah makan lagi la pai tee ni..macam mana rasanya..sedp ker..1st time dengar dan tengok ni..

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa, intinya ala2 popia yer?...

    ReplyDelete
  3. alahaii sedapnya..zila x der acuan tu lg..tunggu ada baru boleh buat sendiri..:)

    ReplyDelete
  4. norzie..acik dulu pernah makan dah tempah mintak orang buatkan..tapi tak tau namanya apa..

    ReplyDelete
  5. sedapkan.. pernah mkn kat sek Aiman hari tu.. nak buat tak jumpa acuan (padahal tak betul2 cari pun)

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar..kuih ni..

    ReplyDelete
  7. pernah makan. sedapkan?
    nak buat adeh..

    ReplyDelete
  8. comel2 jer..jenuh gak nak bt ye ni cis..adehh

    ReplyDelete
  9. sedapnya tengok..pernah tgk ja tak pernah rasa..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalam kak,tima kasih sudi singgah n follow blog sy yg xseberapa tuh ya..Salam kenal dari sy ya..
    Ermm sdpnyer pie tee..klo nak mkn wat kulit seksiap sng kan,nak mkn tinggal wat inti nya jer,sedap tuh rangup jer,lma dah xwat..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.