Friday, 31 August 2012

Rendang Daging Lecah


Assalamualaikum semua.
Berkongsi sedikit tentang rendang yang sis buat di rumah bonda pada raya pertama.Biasanya sis akan buat rendang yang lecah atau basah2....keluarga memang suka makan rendang macam ni,sedap bila di cicah ketupat atau lemang.Bila tak habis barulah di panaskan hingga kering pula.
Resepinya mudah sahaja.


Rendang Daging Lecah
Oleh: Norzie Hany

Bahan-bahannya:
1 kilo daging -dipotong kecil
3000ml santan pekat
400gm kerisik
5 helai daun limau purut- di siat
2 helai daun kunyit- dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
6 batang serai
15 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sm lengkuas

Bahan sangai dan  kisar halus:
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih




Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan santan.
  3. Apabila daging telah empuk masukkan rempah sangai,kerisik,air asam jawa,daun limau purut dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak dengan api perlahan dan jangan sampai kering.Angkat dan bolehlah di hidangkan bersama ketupat atau lemang.

11 comments:

  1. sedapnye lauk sis ni..nasib baik smlm dh mkn lauk daging wp tak sama...hihi

    ReplyDelete
  2. Tak merasa makan rendang lagi tahun ni :(

    ReplyDelete
  3. alamak masa nak klik link tadi saya ingatkan leceh...rupenye lecah, nice la :)

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI MERDEKA sis

    sy memang peminat rendang daging ni he he kalu dpt lemang cicah lglah sedap tak pandang belakang dah

    ReplyDelete
  5. tahun ni ita tak makan rendang....
    sedapnyer yang lembab2 macam ni

    ReplyDelete
  6. sedapnya rendang...raya tahun ni mmng tak jumpa rendang...

    ReplyDelete
  7. saya pun suka rendang yang basah tak berapa suka kalau rendang yang kering

    ReplyDelete
  8. my famly smua suka rendang. especially time perayaan ada rendang2 ni, best sngt (:

    ReplyDelete
  9. Awww ,, sangat berselera...terliur Yana..haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.