Saturday, 1 September 2012

Ketupat Nasi Dan Kuah Kacang


Assalamualaikum semua.
Sebenarnya daun ketupat ni hubby beli sehari sebelum raya,separuh bawa balik ke Pahang dan selebihnya simpan dalam peti ais.Petang semalam sis anyam dalam 15 biji(daun kelapa ni besar dan panjang2)....makan sebiji memang dah kenyang.Tengok daun ni dah nak masuk 2 minggu tapi masih segarkan.Cara simpan bungkus dulu daun tu dengan surat khabar.
Setiap kali raya di rumah bonda mesti ada ketupat nasi ni,ketupat palas dan lemang.Ketupat ni yang paling last sekali habis sebab orang sana lebih suka makan lemang.


Ni dia ketupat yang dah siap di rebus.Rebus dalam rice cooker aje.Sis memang suka makan ketupat ni dengan kuah kacang.Hari ni juga sis ada buat sedikit daging masak hitam untuk di cicah dengan ketupat ni....resepi daging masak hitam tu,nanti di en3 esok2 eaaa.


Kuah Kacang
Oleh: Norzie hany
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 500ml air
Bahan kisar:
  • 7 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cm halia
  • 1/2 cm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit belacan 
Caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan kacang yang di kisar,air dan air asam jawa.
  3. Masak hingga kuah pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Bila siap bolehlah di hidangkan dengan nasi impit

8 comments:

  1. Dah cukup sedap tu makan ketupat nasi cicah luah kacang!

    ReplyDelete
  2. kak....jangan lah tayang ni...
    ita rindu nak makan ketupat nasi n kuah kacang..huhuhu...
    tak kira sebab akak dah tayang...akak kena belanja ita makan ni..
    hehehhe

    ReplyDelete
  3. menarik dan sedap ni, tapi zie lbih minat ketupat pulut.. maklomlah org utara, mesti cari pulut jugak...

    ReplyDelete
  4. pandainya sis anyam ketupat .. cantik je.. hehe .. ketupat memang sedap dimakan dengan kuah kacang...:)

    ReplyDelete
  5. ketupat nasi kuah kacang sodapnyerrr kak

    ReplyDelete
  6. Kuah kacang ? Kegemaran yana tuu :P hahaxx

    ReplyDelete
  7. teringin plk nk mkn tgk gambar akak ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.