Assalamualaikum semua....semoga semuanya sihat dan gembira di bulan Syawal ini di samping keluarga tersayang.
Biskut yang paling laku dan sangat di gemari oleh kanak2....mungkin rupanya seperti ice cream.Terima kasih Ida kerana sudi berkongsi resepi biskut yang sangat enak ini.
Fancy Strawberry Ice Cream Cookies
Oleh:Norzie hany
Sumber: Ida
Bahan-bahannya
- 130gm butter
- 60gm gula icing
- 160gm tepung gandum
- 30gm tepung jagung
- 20gm tepung ubi
- 1/4 sudu teh baking powder
- 20gm serbuk badam
- Sdkt vanilla essence
- 1 biji kuning telur utk sapu atas biskut (saya tak letak)
- 1 sudu teh emulco strawberry (saya tambah)
- Sedikit pewarna merah(saya tambah)
- Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
Cara-caranya
- Pukul butter + gula sehingga kembang.
- Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam.
- Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 degree sehingga ia masak (saya bakar dlm 6minit)
- Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Salam 11 Syawal, Norzie.
ReplyDeleteComel biskut tu. :)
menarik..
ReplyDeletebiskut ni memang sedap.. bukan budak2 je suka, mak budak pun minat.. hihihi...
ReplyDeletekanak-kanak suka...
ReplyDeletemak kanak-kanak lagi suka!!!
Salam Aidilfitri...
ReplyDeletecantik cookies tu... resepi dah lama simpan tp mood nak mengukis selalu je takde.. sebabnya kat rumah yg laku kuih raya yg jenis bergoreng je mcm tumpi & rempeyek kat bwh tu.. mmg feberet.. hee...
sis.. tengok biskut icecream ats tu terus datang kmbali mood 1 syawal ..hihiii.. mmg best bskut tu..
ReplyDeleteso cute ;))
ReplyDeleteselamat hari raya sis
ReplyDeletesedap dan cantik biskut ni
thn lepas ada buat tp thn ni x sempat dah he he tp memang laku budak2 suker
sis klu dah cantik camnie..rasa syg nk mkn..bdk2 mesti teruja nk mkn nie..yummy:)
ReplyDeletesalam lebaran kak..selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai tersilap kata dan bahasa..suka biskut yg jenis camni..
ReplyDeletebudak2 suka sgt la biskut tu eheee
ReplyDeletewah mmg betul2 fancy kukis tu...suka tgk...cntik kejadiannya...
ReplyDeletebiskut aiskrim ni makcik saya yg tauke biskut tu tiap tahun buat. budak2 mmg suka biskut ni.. rupa menarik agaknya..
ReplyDeletebiskut yg sngt cantik + kreatif (:
ReplyDeleteWow ! Warna pinkk laaa ! Suka suka ! nak ! Ni mesti saja nak bagi yana jeles kan ? heeee ~
ReplyDelete