Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Syukur Alhamdulillah...sudah sampai kita kepenghujung Ramadhan.Tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut hari raya,memang dah terasa bahangnya.
Biskut samprit lagi tapi kali ni perasa pandan pulak,korang mesti cuba resepi dari kak Wan ni....memang sedap.
Kalau guna acuan kuih tart gulung,biskut ni agak nipis...kalau suka tindihkan selapis lagi.
Jom kita kongsi resepinya.
Pandan Green Lace Cookies/ Samprit Pandan
Oleh:Norzie hany
Sumber: Citarasa Wan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula aising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/Pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal.
Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan:Coklat masakkan putih dan manik hundred thousand
Cara-cara:
1. Pukul bahan A hingga berkrim.Masukkan bahan B yang telah diayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.Rehatkan selama 1 jam
2.Gunakan nozzle tart gulung dan tekan di atas loyang yang telah di gliskan.Potong mengikut saiz yang di kehendaki.
3.Panaskan oven dan bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4.Biarkan biskut sejuk barulah di hiaskan dengan coklat putih yang dicairkan secara double boiler,masukkan ke dalam kon kertas dan gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur manik bewarna.
5.Biskut ini agak nipis,jika mahu tindihkan selapis lagi.
sya try cuba buat semperit biasa guna acuan ni... tapi terpanjang sangat.. cepat relai.. huhu
ReplyDeletecnteknyaaa kueh neh! hihihi saya suka kueh2 yang cntek nehhh
ReplyDeleteCantik kuih semperit Norzie....
ReplyDeletecantiknya samprit nya tu colourful lah macam akak pun teringin nak buat kalau ada masa
ReplyDeleteWau ! Cantik nya kuih ni!:)) Terserlah kehijauan tuu:D
ReplyDeletecantik..nak cuba buat tp dah malas rasanya..hehe cuma nak makan je biskut tu
ReplyDeletecantiknya biskut tue...hijaunya menyerlah..
ReplyDeletecantik la sis zila plan nk buat..tp rasanya x sempat dh kot:)
ReplyDelete