Thursday, 16 August 2012

Biskut Cornflakes Rangup



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
First time sis buat biskut cornflakes rangup ni....memang sedap dan rangup sekali.Raya tahun depan,kalau ada umur boleh buat lagi  sebab mudah dan anak2 pun suka.


Terima kasih ye Yatie kerana sudi berkongsi resepi biskut cornflakes rangup yang enak ni.Kalau rakan2 nak buat untuk hari raya sempat lagi.




Biskut Cornflakes Rangup
Oleh:Norzie Hany
Sumber: Yatiememories

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil





Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

7 comments:

  1. Biskut ni mmg sedap..jeles betul tgok sis ader je masa buat kuih dan biskut ni..huhuhuhu..tak sabar tgu anak2 membesar.

    ReplyDelete
  2. salam sis,
    crnflks camne kalau bdk2 laju jew diorg mkn kan:)thun depan boleh try buat kak..thn nie dh x sempat rasanya..selamat hari raya maaf zahir batin sis:)

    ReplyDelete
  3. tahun ni akak main tunjuk2 jer..kalau rajin, tahun depan nak buat sndiri...

    Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  4. mmg feveret umah saya ni kak..saya pun tiap2 taun mesti buat..

    ReplyDelete
  5. kalo buat biskut boh cornflakes memang rangup & sedap kan...budak-budak memang minat la...

    ReplyDelete
  6. Askm..ustzh buat dah, memang sedap anak2 pun suka

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.