Thursday, 28 June 2012

CUCUR UDANG LAGI


Assalamualaikum .
Entry cucur udang lagi.Sebenarnya cucur udang ni sis buat beberapa hari lepas tapi baru hari ni sempat disiarkan.Dua tiga hari ni rasa sibuk sgt2(alasan)....mood untuk berblog pun semakin merundum.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi singgah di sini dan jika ada kelapangan pasti akan di jejaki balik.
Cucur udang mmg fav kami sekeluarga....hubby suka makan cucur udang ni dgn kuah lada tapi sis lebih suka cicah dengan sambal kacang.


Mungkin cuaca yang panas membahang ketika ni,adunan cucur udang ni tak perlu perap lama cepat aje ia naik mengembang.Bila digoreng pastinya gebus sekali.Maaf ye,pic ni tak berapa jelas pulak sebab sis cuma guna hp aje.


Kalau rakan2 nak cuba bolehlah tengok resepinya di SINI ye.

Monday, 25 June 2012

Kek Buah


Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah di dapur ini.
Inilah kek buah yang sis buat petang tadi tapi lepas buka puasa baru dapat merasa.Kurang buah sebab dalam simpanan cuma ada 100gm mixed fruits...kalau dapat masukkan 500gm seperti dalam resepi pastinya lebih enak.Resepi dari blog babybatriesyia.Terima kasih banyak2 ye kerana sudi berkongsi resepi ini dan sis mohon panjangkan di blog ni sebagai panduan sendiri dan rakan2 yang lain.


Kek Buah
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum- sis guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
3 biji telur
500gm mixed fruit
1 sudu esen kek buah.

Cara membuatnya:
1)Gaul mixed fruits dengan 3 sudu tepung gandum(guna dari bahan A)
2) Pukul mentega dengan gula perang hingga putih.
3)Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4)Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat dan gaul sebati menggunakan senduk kayu atau spatula.
5)Masukkan mixed fruit dan esen buah dan kacau cepat2 biar sebati.
6)Masukkan kedalam loyang yang telah di glis dan bakar dalam suhu 160c selama 1jam/hingga masak.

Sunday, 24 June 2012

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah memberi sedikit komen dan sudi menjadi follower di blog yang tidak seberapa ini.
Syukur kehadrat Allah kerana di beri peluang bernafas lagi di bumi Allah ini dan dapatlah kita bertemu seperti biasa di alam maya ini.
Apa khabar semua?...semoga di hari minggu ini semuanya sihat2 belaka hendaknya di samping insan2 tersayang.Jom kita layan sebentar bingka ubi pandan ni.Biasanya kalau ada ubi kayu memang wajib buat bingka ni....mmg enak dan menjadi kegemaran kami sekeluarga.Sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jom kita berkongsi resepinya.


Bingka Ubi Pandan
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan ubi kayu-diparut
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air daun padan(blend 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan).
  • sedikit garam
  • Pewarna hijau.
Cara membuatnya:
1)Panaskan oven terlebih dahulu.
2)Masak 1/2 cawan air daun pandan dgn gula dan biarkan suam sebentar.
3)Satukan semua bahan2 termasuk air gula yang telah suam tadi.Kacau hingga sebati.
4)Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
5)Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
6)Angkat dan sejukkan sebelum di potong.
SELAMAT MENCUBA.

Saturday, 23 June 2012

Sukatan dari cawan ke gram/liter

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Hari ini sis nak berkongsi sedikit info mengenai sukatan dari cawan ke gram/liter. En3 ni lebih kepada untuk menjawab pertanyaan seorang rakan kita ni dan panduan untuk kita semua juga.Ovellete tu warnanya kuning dan boleh didapati di kedai bakery atau supermarket. 


Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan.Info dari sini .



Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Friday, 22 June 2012

Apam Mekar.


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang sudi singgah di dapur ini.
Apam mekar yang sis buat untuk minum petang semalam tapi baru hari ini sempat buat entrynya.Bahan2nya mudah dan buatnya pun senang aje.Sis buat setengah adunan saja maklum la,yang nak makan pun cuma 3 orang aje.Banyak juga dapat lebih kurang 30 biji.Resepi ni sis copy dari blog Hanafzuan ,terima kasih ye atas resepi apam mekar yang enak ini.


Apam Mekar
Oleh:Norzie hany
Sumber-Hanahzuan Abadi


bahan-bahannya:
230gm gula castor
2biji telur suhu bilik
1 sudu teh ovelette
satu sudu besar esen vanilla
250gm tepung gandum
1 cawan ais krim soda (air gas)

cara-cara:
pukul telur, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan esen vanilla. pukul sampai adunan jadi warna putih dan berkrim. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan ais krim soda.

bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna

kukus selama 7-10 minit.

Nasi Goreng Sempoi.


Assalamualaikum.
Apa khabar semua,moga semuanya beroleh kesejahteraan di hari jumaat yang mulia ini.Sekejap aje dah tengahari...masa sekarang cepat aje berlalu.Bertambah lagi usia kita dan di sini sis nak ucapkan selamat hari lahir untuk teman blogger ni Fieda dan Hasue semoga dilimpahkan rezeki,diberi kesejahteraan yang berpanjangan dan di rahmati Allah dunia dan akhirat.Amin.
Jom la kita citer sikit pasal nasi goreng sempoi ni.Sarapan pagi tadi sebenarnya....makan pun sorang2.Hari ni hubby shift pagi 6.30am dah pergi kerja.Jarang sekali sarapan kat rumah katanya awal sangat,tak selera nak makan.Anak bongsu sebelum pergi sekolah biasanya makan roti bakar dengan air milo aje.Ibu yang tinggal sorang2 kat rumah cuma bersarapan seorang diri makan aje la nasi goreng sempoi ni.Walaupun tak berselera tapi bila ada ikan kering laju la sikit makan.
Tak payah la sis sertakan resepinya ye sebab bahan2nya pun mudah aje.Nasi ni sis masukkan isi ayam,carrot,kobis,dan sedikit cili padi .

Wednesday, 20 June 2012

Gulai Ketam Dengan Pucuk Ubi.


Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua rakan2 dan terima kasih kerana sudi singgah di dapur ini.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di en3 kali ini dan semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya di samping insan2 tersayang.
Walaupun ketam ni bukan fav sis tapi bila kenangkan anak2 suka makan,bila nampak kat pasar beli la jugak.Kebetulan pucuk ubi pun ada jadi sis masak gulai dengan ketam ni.
Jom kita berkongsi resepinya.

Gulai Ketam Dengan Pucuk Ubi
Resepi: Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo ketam-di bersihkan
  • 1 ikat pucuk ubi-celur dan potong
  • 2 batang serai- diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia

Cara memasaknya:
  1. Satukan bahan2 kisar,ketam,pucuk ubi,asam gelugur,serai,dan santan cair kedalam periuk.
  2. Masak diatas api hingga ketam masak dan mendidih.
  3. Masukkan santan pekat garam dan gula.
  4. Setelah masukkan santan masak sekejap sahaja dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, 19 June 2012

Kuah Durian dan Pancake Mudah.


Assalamualaikum kepada semua rakan2 yang sudi singgah di dapur ni.Bertemu lagi kita di en3 kali ini dan semoga semuanya sihat2 belaka disamping insan2 tersayang dan di rahmati Allah sentiasa hendaknya.
Kuah durian dan pancake Mudah sebenarnya adalah kisah semalam tapi baru hari ni berkesempatan untuk membuat entrynya.Petang sabtu hubby pergi beli durian dekat kampung yang berdekatan taman kami.Kalau musim durian memang dekat uncle ni kami selalu beli,jarang sekali beli yang ditepi2 jalan.Sedap makan durian segar yang baru gugur dan murah pulak tu.

Biasalah time anak bongsu pergi sekolah dan hubby pulak pergi kerja tinggallah sis seorang diri.Tengok ada 2 biji lagi baki durian hari tu,terus terfikir nak buat kuah durian ni.Sedap tau kuah durian makan dengan pulut,putu mayam atau cicah roti putih atau cicah roti jala dan banyak lagilah yang boleh kita makan dengan kuah durian ni.Hubby kalau kuah durian,bubur atau benda manis dia sangatlah kurang makan.Anak bongsu pun tak berapa suka jadi sis kenalah perabis sorang2.Tak kisahlah,orang tak suka kita jangan paksa...tak habis boleh simpan dalam peti ais esok2 boleh makan lagi ...Ye tak?


Oleh kerana tak sabar sangat nak makan kuah durian ni sis buatlah sedikit pancake mudah.Alahai sedapnya....makan sorang2 pun berselera sgt.
3 keping pancake sudahlah habis sis bedal bersama kuah durian yang lemak dan pekat.lalala....
Panjangnya bebel hari ni.Mari2...kita tengok resepinya.

Kuah Durian
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 12 ulas durian
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 75 gm gula melaka
Campurkan semua bahan2 ni kedalam periuk dan kacau sampai kuahnya pekat.

Pancake Mudah.
Oleh:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb gula
  • 1 sb butter
Caranya:

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur hingga gebu.
  3. Dalam bekas lain campurkan susu cair,gula,kuning telur.
  4. Buatkan lubang ditengah tepung dan masukkan bahan2 no 3 tadi.kacau hingga sebati.
  5. Masukkan putih telur dan kaup dan balik hingga adunan tidak bergentel.Perap dalam 10 minit.
  6. Panaskan pan dan lenser dgn butter kemudian masukkan 1 senduk adunan dan masak menggunakan api sederhana hingga masak.
  7. Bolehlah dihidangkan panas2.

Monday, 18 June 2012

Kari Ayam



Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.Semoga semuanya sihat2 belaka dan dirahmati Allah hendaknya.
Maaf ye...tak sempat nak jenguk dapur rakan2,mmg agak sibuk sikit dua tiga hari ni.Nanti kalau ada masa terluang sis akan pergi hendap2 bawah tudung saji korang.
En3 kali ini cuma kari ayam simple aje.Kalau masak kari sis suka tambah sedikit serbuk cili atau cili giling,biar rasa pedas sikit dan sedikit kerisik.Menu sihat santan boleh di tukar kepada susu cair.
Jom kita tengok resepi kari ayam.

Kari Ayam
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 500gm ayam-dipotong dan basuh bersih
  • 1 paket serbuk rempah kari (sis guna babas)
  • 1 sb serbuk cili (suka hati)
  • 1 sb kerisik
  • 2 biji kentang-potong 4
  • 3 cawan santan /susu cair
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa

Bahan penumis:
  • 2 biji bawang kecil-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis.

Cara memasak:
  1. Campurkan serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air(jadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah tadi(no 1) dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang kacau sebentar.Masukkan santan dan biar mendidih sekejap.
  5. Akhir sekali masukkan air asam jawa,kerisik dan garam secukup rasa.
  6. Apabila ayam dan kentang telah empuk dan kuah agak pekat bolehlah di angkat.

Friday, 15 June 2012

Bingka Crackers


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur sis ini.
Bertemu lagi di en3 kali ini , semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka yang di buat menggunakan biskut cream crackers.Sebenarnya dah ramai rakan2 blogger yang telah mencuba resepi ini.Sis pun first time mencuba resepi ni dan first time juga makan bingka ni.Syukur Alhamdulillah menjadi juga dan memang rasanya enak sekali.Jom kita tengok resepinya.

Bingka Crackers

Oleh:Norzie hany

Sumber MyResipi oleh: kh267tm

  • 3 biji telur
  • 225gm gula pasir (klau tk suka manis boleh dikurangkan sikit)
  • 85gm tepung gandum
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 140gm tepung cream crackers (biskut cream crackers dikisar halus)
  • 1420ml santan (sis guna susu cair )
  • 2 sudu makan minyak sapi(sis guna butter)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan(tabur diatas)
  • Cara-cara
  1. Kacau gula dan telur hingga gula larut..kemudian masukkan tepung gandum...gaul sebati lalu masukkan santan/susu cair sedikit2 sambil dikacau hingga santan/susu cair habis kemudian ditapis.
  2. Gaulkan adunan santan dgn tepung biskut crackers...pastikan tidak bergentel.
  3. Kemudian masukkan garam , minyak sapi dan pandan paste..gaul sebati.
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg telah disapu minyak , masak sekejap diatas api dapur sehingga pekat sikit.Tabur bijan diatasnya
  5. Kemudian masukkan loyang kedlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 160c dan bakar lah sehingga masak...lebih kurang 1-11/2jam.
  6. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong dan boleh lah dihidangkan... :)
  7. **utk dptkan tepung biskut yg halus sebaiknye diayak..

Wednesday, 13 June 2012

Donut Ball

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sebenarnya dah lama sis teringin nak mencuba resepi donut ball ni...Alhamdulillah tercapai juga hajat.
Pertama kali sis buat donut menggunakan ovalette...benar sekali kata pemilik resepi ini donut yang dihasilkan sangat lembut dan gebu walaupun hanya mengguna tepung biasa.Penyumbang resepinya di SINI...terima kasih banyak2 ye kerana sudi berkongsi resepi ini dan mohon share dan panjangkan di blog ni pula.


Donut Ball

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Tuesday, 12 June 2012

Pizza Mudah


Assalamualikum kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Semalam tak sempat nak buat en3 sebab layan novel 7 hari mencintaiku,tebal novel ni 1048 m/s...best giler.Kalau dah start baca novel memang dah tak jadi kerja.Masak pun main cincai aje...masak sambal sardin,goreng ikan dan berulam timun....cukup.Mujur hubby part makan ni tak ada masalah sgt.
Bila sis cakap nak buat pizza anak2 akan senyum sampai ke telinga,kalau cakap nak bawa pergi makan pizza hut lagi la mereka suka.
Jom la kita buat sendiri...mudah aje.
Untuk adunan ni akan menghasilkan 2 dulang pizza bersaiz 10 inci.Biasanya untuk filling sis guna apa yang ada(ayam/udang/sotong/tuna atau apa2 la)...terpulang pada kesukaan masing2.Rasanya kalau guna sos preego lagi sedap. Sis suka tabur sedikit oregano dan cheese tu biar banyak2 sikit.Tengok la pizza yang dah masak tu sampai tak nampak bahan2 di dalamnya...dah berselimut dengan cheese.Sis juga suka bau/aroma oregano yang buat kita rasa tak sabar nak makan pizza ni.

Pizza Mudah
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya.
375 tepung high protein
25gm gula pasir
1/4 st garam
225 ml air sejuk
1/4 sudu besar bread improver
8gm yis
20gm margerine
Bahan Hiasan/Filling atas Pizza
Sos preego perisa traditional /sos cili-secukupnya
Isi ayam,udang,sotong atau tuna(terpulang)
Cili benggala-di potong
Cendawan butang-hiris
Bawang besar-hiris bulat.
Nanas-potong kecil
Oregano-tabur
Serbuk cili-tabur
Mayonis
Cheese mozzarella-tabur
Cara-caranya:-
1-Masukkan bahan2 kering gaul sampai sebati.
2-Masukkan air,dan uli doh sampai lembut .
3-Masukkan margerin uli lagi hingga doh jadi elastic.
4-Perap doh selama lebih kurang 20 minit.
5-Roll atau leper kan doh pizza dan biarkan lagi selama 20 minit.
6-Sapukan permukaan doh yang telah naik dengan sedikit minyak zaitun bakar 5 minit.
7-Sapukan sos tomato/sos cili,dan tabur filling kegemaran anda di atas doh.
8-Biarkan sebentar dan bakar dengan suhu 190c-200c selama 20-25 minit.

Sunday, 10 June 2012

APAM ICE CREAM CORNETTO


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sekejap aje masa berlalu dimana esok anak2 kita dah start bersekolah seperti biasa.Mujur pihak UIAM panjangkan seminggu lagi cuti semester...bermakna ada masa seminggu lagi menghabiskan masa bersama anak sulungku.
Jom kita layan resepi apam ice cream cornetto.
Terjumpa resepi enak ini di blog masam manis....teruja dan sangat tergoda.Syukur Alhamdulillah resepi ini sedap dan tidak menghampakan.Seperti Ita sis juga tambah sedikit ovalate di dalam adunan apam ni.Terima kasih kepada Ita dan penyumbang resepi ini mama Fami dan izinkan sis share disini untuk rujukkan diri sendiri dan rakan2 yang lain.


APAM ICE CREAM CORNETTO
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mama Fami

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan ice-cream soda
  • 1 sudu essence rose
  • sedikit pewarna merah (suka hati)
  • keroncot kertas secukupnya (5.5 in x 4 in)
  • 1 st ovelate
  • Coklat masakan
  • Hiasan(sedikit kekacang)
Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur + gula hingga kembang dan tambah 1st ovalate
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. 1/4 adunan warna merah, yg selebihnya biar kuning.
5. Masukkan keroncot/kelongsong/kon kertas ke dalam lubang kukusan.
6. Tuang adunan kuning kemudian merah.
7. Kukus 15 min.


Saturday, 9 June 2012

Masak Lemak Cili Padi Ketam


Assalamualaikum dan salam ceria.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung dan mencuba resepi dari dapur ini.
Hari ini sis nak berkongsi resepi masak lemak cili padi ketam.Teman baik sis dari Negeri Sembilan pernah beritahu yang orang nogori kalau masak lemak ayam,daging,ikan,ketam,udang mereka tak masukkan bawang.Dulu sis tak berapa minat masak2 ni cuma minat makan aje,tu yang tak tanya beliau kenapa tak perlu isi bawang.Kenapa ye...mungkin bawang ni ada rasa manis kot.
Masak lemak cili padi ketam ni memang kegemaran anak2 tapi bukan kegemaran ibu dan ayahnya.Susahnya nak ambil isi ketam ni last2 makan kuah aje....biar anak2 yang perabih ketam tu.Okay...tak mahu bebel2 panjang2.
Jom kita berkongsi resepinya.


Masak Lemak Cili Padi Ketam.

Resepi :Norzie hany 

Bahan-bahannya:

  • 1 kilo ketam-dibersihkan
  • 15 biji cili padi-(klu tak nak pedas kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai-di ketuk
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit gula/serbuk perasa-(suka hati)

Cara memasaknya:
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan ketam kedalam periuk bersama-sama bahan tumbuk tadi,serai dan asam gelugur.
  3. Kacau sebentar dan masukkan santan pekat dan garam dan gula secukup rasa.
  4. Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas.

Friday, 8 June 2012

Orange Cup Cake


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua rakan2 blogger yang sudi bertandang di dapur sis ni.Di hari jumaat yang mulia dan penghulu segala hari ini semoga kita semua diberi kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.
Hari ni sis nak berkongsi resepi orange cup cake yang enak dan sangat mudah untuk membuatnya.Boleh juga gunakan parutan kulit oren (1biji).Biasanya satu adunan ni dapatlah dalam 33-34 biji(banyakkan)....,bolehlah hulur sikit kat jiran2.
Okay sis sertakan resepinya di bawah...Selamat mencuba ye.

Resepi Orange Cup Cake
Sumber-Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 250 gm mentega
  • 150gm gula castor
  • 250gm telur
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 100gm susu pekat
  • 1 sudu teh orange emulco

Cara membuatnya:
1-Pukul mentega dan gula castor hingga kembang
2-Masukkan telur sebiji demi sebiji dan orange emulco,kacau sebati
3-Masukkan susu pekat dan seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kaup dan balikkan dengan seduk kayu hingga adunan sebati
4-Tuang bancuhan kedalam acuan kek cawan 2/3 penuh.
Bakar dalam suhu 170c selama 15-20 minit.

Butter Cream

  • 150gm shortening
  • 450gm butter
  • 180gm gula aising-ayak
  • 1 sdu teh esen vanilla.

Cara:


1)Pukul shortening dan butter hingga putih.
2)Masukkan gula aising dan pukul lagi sampai kembang dan gebu.
3)Masukkan esen dan warnakan ikut kesukaan anda.
4)Simpan sekejap di dalam peti ais sebelum deco di atas kek