Friday, 15 June 2012

Bingka Crackers


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur sis ini.
Bertemu lagi di en3 kali ini , semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka yang di buat menggunakan biskut cream crackers.Sebenarnya dah ramai rakan2 blogger yang telah mencuba resepi ini.Sis pun first time mencuba resepi ni dan first time juga makan bingka ni.Syukur Alhamdulillah menjadi juga dan memang rasanya enak sekali.Jom kita tengok resepinya.

Bingka Crackers

Oleh:Norzie hany

Sumber MyResipi oleh: kh267tm

  • 3 biji telur
  • 225gm gula pasir (klau tk suka manis boleh dikurangkan sikit)
  • 85gm tepung gandum
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 140gm tepung cream crackers (biskut cream crackers dikisar halus)
  • 1420ml santan (sis guna susu cair )
  • 2 sudu makan minyak sapi(sis guna butter)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan(tabur diatas)
  • Cara-cara
  1. Kacau gula dan telur hingga gula larut..kemudian masukkan tepung gandum...gaul sebati lalu masukkan santan/susu cair sedikit2 sambil dikacau hingga santan/susu cair habis kemudian ditapis.
  2. Gaulkan adunan santan dgn tepung biskut crackers...pastikan tidak bergentel.
  3. Kemudian masukkan garam , minyak sapi dan pandan paste..gaul sebati.
  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg telah disapu minyak , masak sekejap diatas api dapur sehingga pekat sikit.Tabur bijan diatasnya
  5. Kemudian masukkan loyang kedlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 160c dan bakar lah sehingga masak...lebih kurang 1-11/2jam.
  6. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong dan boleh lah dihidangkan... :)
  7. **utk dptkan tepung biskut yg halus sebaiknye diayak..

22 comments:

  1. Rajinnya Norzie... siap tabur bijan lagi. Kalau rumah kakak nie bahagian tepi dia mesti habis dulu. Bghn yg keras-keras anak-anak dan papanya suka.

    ReplyDelete
  2. oh sedapnya.. saya suka bingka nie.. :)

    ReplyDelete
  3. selalu makan bingka ubi..lama dah xmkn bingka...kelainan bingka ni..

    ReplyDelete
  4. tak boleh nak bayangkan rasanye cam ner.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah sedapnyer nampak siap tabur bijan lagi tu :)

    ReplyDelete
  6. ~ yana 1 family suka bingka nii..sedapnyaa..

    ReplyDelete
  7. sedap nampkanya Norzie akak belum pernah buat tapi pernah makan sbb agak malas hee nnti akak nk try merajinkan diiri lah

    ReplyDelete
  8. Sedapnya..

    Terasa nak makan tapi nak membuatnya malas, boleh gitu..heheee

    ReplyDelete
  9. wow enak ini untuk camilan xixixi :) :)

    ReplyDelete
  10. tengok sedap tapi mals nak buat....

    ReplyDelete
  11. Askum wah ni simple aje ni.. ingat nak cuba nanti.. masuk dalam list... tq so much kerana sudi berkongsi yaa..:))

    ReplyDelete
  12. suka kuih ni tp nk buat alamak malasnye..hihi

    ReplyDelete
  13. Campur biskut cracker. Mmg tak pernah makan ;)

    ReplyDelete
  14. assalam sis
    bingka sedapnya, wat sarapan pagi, sy memang suka makan kuih2 camni time pagi he he
    buh biskut cracker, sy panggil biskut empatsegi kan, wah best ni sb bicikut ni selalu ada stock kat umah, nanti ada kerajinan boleh cuba resepi sis ni tq ye

    ReplyDelete
  15. salam kenal.

    i tk suka masak tapi suka makan.. i m food lover.

    ReplyDelete
  16. teruja juga nk rasa bingka ni, sbb ramai yg dah buat kan...tunggu giliran sy pulak..heheh

    ReplyDelete
  17. salam kenal kat sini juga..nampak garing aje bijan kat atas tu..nnti nak cuba buatlah...tq

    ReplyDelete
  18. sedapnya...!!! teringin jugak nak buat..tapi kena tunggu mood rajin..heheh

    ReplyDelete
  19. sy suka sgt ngan kuih bingka ni kak.. syaratnya jgn terlampau manis.. sedapnya.. :)

    ReplyDelete
  20. xpnh try lg bingka camni.. nmpk cm best :-)

    ReplyDelete
  21. sana sini blogger buat bingka krakers. teringin nak buat tapi badan lemaulah sis...huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.