Wednesday 13 June 2012

Donut Ball

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sebenarnya dah lama sis teringin nak mencuba resepi donut ball ni...Alhamdulillah tercapai juga hajat.
Pertama kali sis buat donut menggunakan ovalette...benar sekali kata pemilik resepi ini donut yang dihasilkan sangat lembut dan gebu walaupun hanya mengguna tepung biasa.Penyumbang resepinya di SINI...terima kasih banyak2 ye kerana sudi berkongsi resepi ini dan mohon share dan panjangkan di blog ni pula.


Donut Ball

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

30 comments:

  1. Cantik pun ye juga Norzie sebab bulat-bulat masuk pinggan just nice. Kakak ingat buah duku tadi masa mula tengok gambar hihi...

    ReplyDelete
  2. gebunya... comel je bulat2 :-)

    ReplyDelete
  3. Comey..mulat-mulat..skali tengok mcm biskut makmur le pulak..

    ReplyDelete
  4. comelnya.. elok je plak tu bulat2 xde pun yg lonjong2..

    ReplyDelete
  5. Pandainya menguli jd bulat mcm tu ;) sedapnya. senang nk masuk mulut.

    ReplyDelete
  6. tengok donut akak ni teringin saya nak makan...sedapnya!!!

    ReplyDelete
  7. comelnya sis,teringin pulak nana..hee

    ReplyDelete
  8. salam norzie, nmpk menarik donut ni, akk xpernah lg buat donut guna ovalette ni, nnt senang2 nk try la...thnx ye

    ReplyDelete
  9. cantiknya donat kecik2 ni comey lotey senang nak makan buat gini kan dari pada besar gedabak tu cenggini lebih cute..

    ReplyDelete
  10. wow.. bulat molek sidonat.. nnti bla sng2 sy nk cuba gk..tq

    ReplyDelete
  11. Datang sini je terus menangesss.. kenapalah comel dan nampak begitu menarik dan begitu lazat dan puzatttttttt.......... sedapppnya............... mana nak cari tengah malam macam ni.. tolonggg!!! nak yang macam kat gambar tu jugak! :)) *meroyan tengah malam sebab demam makan apa takde bau* heheheh

    ReplyDelete
  12. Salam sis..comel2 jer donut tu..klu yana bt xpnh elok jd bulatnyaa..tibe jer tringin nk mendonut ^^

    ReplyDelete
  13. salam nozie,
    comelnya donut tu. Nak buat pun senang je. Bagusnya donut bulat kecik macam ni bila makan terus ngap je dalam mulut. takde lah gula berterabur kan..

    ReplyDelete
  14. Alahai comelnya sis..kite dapat bygkan betapa gebunya tu... Tq share resepi..nak cuba la..:-)

    ReplyDelete
  15. membuatkan ku rasa nak buat donut plak..

    ReplyDelete
  16. meriah tgk donat ball banyak2..comel je..

    ReplyDelete
  17. alahai comelnya donat2 tuuu.. anak2 akak mesti suka ni... harus cuba!! tq

    ReplyDelete
  18. Wah donut bulatnya sekata. kalau saya mau ada yg besar dan kecil....

    ReplyDelete
  19. Cantiknya donut ball tu..macam guna acuan jer buatnya..semua sama besar. sy malas je nak membulat2 ni..lambat habis..hihi..nmpk gebu jek..sedapnya!

    ReplyDelete
  20. wah bolattt2 mcm bola donut tu...sgt comeii..lg 1 sng nk ngapp..skali sumbat aje dh bleh msuk ke mulut..mcm gelojoh la pulak..hehe..lum penah lg mdonut..hukhuk

    ReplyDelete
  21. wahhh bulat bulat.. comel.. boleh try ni ;)

    ReplyDelete
  22. waw ni favy jugak ni tp selalunya beli...rasanya cam nk try la wat seniri nt..insya Allah :)

    ReplyDelete
  23. Sgt comel dan menyelerakan!
    Best betul jd org rajin msk2 ni.

    ReplyDelete
  24. Salam kenal juga Norzie.bulat2 tomei donut tu...senang budak2 nak mknkan kalau bulat2 gini.

    ReplyDelete
  25. salam..wa..comeinye..teringin la..mesti sedp ni

    ReplyDelete
  26. comeinya.. syg nk mkn :D

    ReplyDelete
  27. Salam kenal buat Norzie. Akak masih bercuti daripada aktiviti memasak ni....geram tengok donut tu..

    ReplyDelete
  28. wah,senang je ye...nak bua la nanti :)

    ReplyDelete
  29. kalau anak2 izan nmpk ni mesti suruh ummi buat juga...senang masuk mulut kan sis...

    ReplyDelete
  30. comelnyer akak punya donut ball ni..bulat gete jer..ni baru pes time saya jumpe resepi donut guna ovelette..biasa apam jer kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.