Wednesday, 13 June 2012

Donut Ball

Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sebenarnya dah lama sis teringin nak mencuba resepi donut ball ni...Alhamdulillah tercapai juga hajat.
Pertama kali sis buat donut menggunakan ovalette...benar sekali kata pemilik resepi ini donut yang dihasilkan sangat lembut dan gebu walaupun hanya mengguna tepung biasa.Penyumbang resepinya di SINI...terima kasih banyak2 ye kerana sudi berkongsi resepi ini dan mohon share dan panjangkan di blog ni pula.


Donut Ball

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

30 ulasan:

Kakzakie Purvit said...

Cantik pun ye juga Norzie sebab bulat-bulat masuk pinggan just nice. Kakak ingat buah duku tadi masa mula tengok gambar hihi...

IntaNBerliaN said...

gebunya... comel je bulat2 :-)

Sue Bee said...

Comey..mulat-mulat..skali tengok mcm biskut makmur le pulak..

Unknown said...

comelnya.. elok je plak tu bulat2 xde pun yg lonjong2..

Ruse Sulaiman said...

Pandainya menguli jd bulat mcm tu ;) sedapnya. senang nk masuk mulut.

quinnie said...

tengok donut akak ni teringin saya nak makan...sedapnya!!!

Unknown said...

comelnya sis,teringin pulak nana..hee

Liza said...

salam norzie, nmpk menarik donut ni, akk xpernah lg buat donut guna ovalette ni, nnt senang2 nk try la...thnx ye

Unknown said...

cantiknya donat kecik2 ni comey lotey senang nak makan buat gini kan dari pada besar gedabak tu cenggini lebih cute..

saly said...

wow.. bulat molek sidonat.. nnti bla sng2 sy nk cuba gk..tq

Shahriah Abdullah Novelis said...

Datang sini je terus menangesss.. kenapalah comel dan nampak begitu menarik dan begitu lazat dan puzatttttttt.......... sedapppnya............... mana nak cari tengah malam macam ni.. tolonggg!!! nak yang macam kat gambar tu jugak! :)) *meroyan tengah malam sebab demam makan apa takde bau* heheheh

Yana Shaiful said...

Salam sis..comel2 jer donut tu..klu yana bt xpnh elok jd bulatnyaa..tibe jer tringin nk mendonut ^^

ibundo said...

salam nozie,
comelnya donut tu. Nak buat pun senang je. Bagusnya donut bulat kecik macam ni bila makan terus ngap je dalam mulut. takde lah gula berterabur kan..

Salmiza said...

Alahai comelnya sis..kite dapat bygkan betapa gebunya tu... Tq share resepi..nak cuba la..:-)

Unknown said...

membuatkan ku rasa nak buat donut plak..

Rohah said...

meriah tgk donat ball banyak2..comel je..

ibuhebat said...

alahai comelnya donat2 tuuu.. anak2 akak mesti suka ni... harus cuba!! tq

hazila said...

Wah donut bulatnya sekata. kalau saya mau ada yg besar dan kecil....

HaSue said...

Cantiknya donut ball tu..macam guna acuan jer buatnya..semua sama besar. sy malas je nak membulat2 ni..lambat habis..hihi..nmpk gebu jek..sedapnya!

Qasey Honey said...

wah bolattt2 mcm bola donut tu...sgt comeii..lg 1 sng nk ngapp..skali sumbat aje dh bleh msuk ke mulut..mcm gelojoh la pulak..hehe..lum penah lg mdonut..hukhuk

fiQRa said...

wahhh bulat bulat.. comel.. boleh try ni ;)

Tie HT said...

waw ni favy jugak ni tp selalunya beli...rasanya cam nk try la wat seniri nt..insya Allah :)

Ujie Othman said...

Sgt comel dan menyelerakan!
Best betul jd org rajin msk2 ni.

Mamasya said...

Salam kenal juga Norzie.bulat2 tomei donut tu...senang budak2 nak mknkan kalau bulat2 gini.

Saya Disini said...

salam..wa..comeinye..teringin la..mesti sedp ni

pet said...

comeinya.. syg nk mkn :D

Ketuhar Panas Yatie said...

Salam kenal buat Norzie. Akak masih bercuti daripada aktiviti memasak ni....geram tengok donut tu..

ecadwinkyasha said...

wah,senang je ye...nak bua la nanti :)

Izan Ishak said...

kalau anak2 izan nmpk ni mesti suruh ummi buat juga...senang masuk mulut kan sis...

fieda said...

comelnyer akak punya donut ball ni..bulat gete jer..ni baru pes time saya jumpe resepi donut guna ovelette..biasa apam jer kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...