Tuesday, 19 June 2012

Kuah Durian dan Pancake Mudah.


Assalamualaikum kepada semua rakan2 yang sudi singgah di dapur ni.Bertemu lagi kita di en3 kali ini dan semoga semuanya sihat2 belaka disamping insan2 tersayang dan di rahmati Allah sentiasa hendaknya.
Kuah durian dan pancake Mudah sebenarnya adalah kisah semalam tapi baru hari ni berkesempatan untuk membuat entrynya.Petang sabtu hubby pergi beli durian dekat kampung yang berdekatan taman kami.Kalau musim durian memang dekat uncle ni kami selalu beli,jarang sekali beli yang ditepi2 jalan.Sedap makan durian segar yang baru gugur dan murah pulak tu.

Biasalah time anak bongsu pergi sekolah dan hubby pulak pergi kerja tinggallah sis seorang diri.Tengok ada 2 biji lagi baki durian hari tu,terus terfikir nak buat kuah durian ni.Sedap tau kuah durian makan dengan pulut,putu mayam atau cicah roti putih atau cicah roti jala dan banyak lagilah yang boleh kita makan dengan kuah durian ni.Hubby kalau kuah durian,bubur atau benda manis dia sangatlah kurang makan.Anak bongsu pun tak berapa suka jadi sis kenalah perabis sorang2.Tak kisahlah,orang tak suka kita jangan paksa...tak habis boleh simpan dalam peti ais esok2 boleh makan lagi ...Ye tak?


Oleh kerana tak sabar sangat nak makan kuah durian ni sis buatlah sedikit pancake mudah.Alahai sedapnya....makan sorang2 pun berselera sgt.
3 keping pancake sudahlah habis sis bedal bersama kuah durian yang lemak dan pekat.lalala....
Panjangnya bebel hari ni.Mari2...kita tengok resepinya.

Kuah Durian
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 12 ulas durian
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 75 gm gula melaka
Campurkan semua bahan2 ni kedalam periuk dan kacau sampai kuahnya pekat.

Pancake Mudah.
Oleh:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb gula
  • 1 sb butter
Caranya:

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur hingga gebu.
  3. Dalam bekas lain campurkan susu cair,gula,kuning telur.
  4. Buatkan lubang ditengah tepung dan masukkan bahan2 no 3 tadi.kacau hingga sebati.
  5. Masukkan putih telur dan kaup dan balik hingga adunan tidak bergentel.Perap dalam 10 minit.
  6. Panaskan pan dan lenser dgn butter kemudian masukkan 1 senduk adunan dan masak menggunakan api sederhana hingga masak.
  7. Bolehlah dihidangkan panas2.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

22 ulasan:

Unknown said...

buat kuah durian tu sya tau.. tp nak buat pancake tu blm cuba lg.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

pancake mudah tu wani nak try la bley kasi qalief makan...tukar selera dia pulak hihi

ucubakery said...

kadang2 kalau rajin buat roti jala cicah bubur durian pon sodapppp....

Myra Jay said...

Aduhhh sedapnya ;)

Kakzakie Purvit said...

Amboi 3 keping makan sendiri Norzie, sedapnya

FnF Simple Life said...

haish...tersilap le sampai ke sini...kuah durian itu...oh...kat nihon takde

Acik Erna said...

assalm norzie..memang nampak sedap kuah durian tu pekat..makan ngan pulut mesti best tu

Ruse Sulaiman said...

Kalau tak suka manis boleh kurangkan kan manisnya. Rugi tak suka ;) saya suka yg putih je. Tp lebih elok guna gula merah dr segi kesihatan. Erm.. buat terliur pula sis ni..

Rulita said...

pancake nya jadi kelihatan enak tuh kak xixixi :D

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sis
sedap wat cicah roti ataupun makan ngan pulut tanak dgn pengkek @ lempeng pun ok
ktorg panggil pengat durian, memang kalu ada durian mesti wat sikit pengatnya, anak2 suka jugak cicah roti

IntaNBerliaN said...

sy nk try la buan pancake ni.. mcm best je ;-)

eita said...

simple dan menyelerakan..
terliur plok malam ni..
tibe2 rasa lapor..

emylase. said...

terliurnya :)

sekadar satu coretan said...

Hari tu buat kuah durian dgn pulut...nnt nk try mcm ni la plk...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Dengan pancake yang tembam tu waduhh dapat sekeping sedap ni calit banyak kuah durian tu hehehe

Kek Kawin said...

Salam Norzie..memang sedap buat kuah durian ni,Iza selalu buat letak gula putih,jadi warnanya putih krim gitu n selalu makan ngan roti putih je,nanti boleh cuba makan ngan pancake lak...

Ummi Annur Humaira said...

salam...ni my faveret ever ni...

quinnie said...

sedapnya kuah durian...dia kalau tengah musim durian kalau tak buat kuah ni memang tak sah..hehehhe

Jahirah said...

xberapa sgt dgn durian...tp tgk mcm tergoda jugak ni....durian kt kg saya xlekat...;)

Izan Ishak said...

izan suka makan durian sis... tapi tang nak buat kuah durian ni mmg tak pernah buat lagi sbb yg makannya nnti izan sorang lah jawabnya.

sedapnya makan ngan pancake! nyummmmyyyyy....

Kazman / Sue said...

durian sekarang ni melambak kat Puchong.... buat kuah durian pun sedap ni....

fieda said...

sedapnyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...