Tuesday, 19 June 2012

Kuah Durian dan Pancake Mudah.


Assalamualaikum kepada semua rakan2 yang sudi singgah di dapur ni.Bertemu lagi kita di en3 kali ini dan semoga semuanya sihat2 belaka disamping insan2 tersayang dan di rahmati Allah sentiasa hendaknya.
Kuah durian dan pancake Mudah sebenarnya adalah kisah semalam tapi baru hari ni berkesempatan untuk membuat entrynya.Petang sabtu hubby pergi beli durian dekat kampung yang berdekatan taman kami.Kalau musim durian memang dekat uncle ni kami selalu beli,jarang sekali beli yang ditepi2 jalan.Sedap makan durian segar yang baru gugur dan murah pulak tu.

Biasalah time anak bongsu pergi sekolah dan hubby pulak pergi kerja tinggallah sis seorang diri.Tengok ada 2 biji lagi baki durian hari tu,terus terfikir nak buat kuah durian ni.Sedap tau kuah durian makan dengan pulut,putu mayam atau cicah roti putih atau cicah roti jala dan banyak lagilah yang boleh kita makan dengan kuah durian ni.Hubby kalau kuah durian,bubur atau benda manis dia sangatlah kurang makan.Anak bongsu pun tak berapa suka jadi sis kenalah perabis sorang2.Tak kisahlah,orang tak suka kita jangan paksa...tak habis boleh simpan dalam peti ais esok2 boleh makan lagi ...Ye tak?


Oleh kerana tak sabar sangat nak makan kuah durian ni sis buatlah sedikit pancake mudah.Alahai sedapnya....makan sorang2 pun berselera sgt.
3 keping pancake sudahlah habis sis bedal bersama kuah durian yang lemak dan pekat.lalala....
Panjangnya bebel hari ni.Mari2...kita tengok resepinya.

Kuah Durian
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 12 ulas durian
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 75 gm gula melaka
Campurkan semua bahan2 ni kedalam periuk dan kacau sampai kuahnya pekat.

Pancake Mudah.
Oleh:Norzie hany

Bahan2nya:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb gula
  • 1 sb butter
Caranya:

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur hingga gebu.
  3. Dalam bekas lain campurkan susu cair,gula,kuning telur.
  4. Buatkan lubang ditengah tepung dan masukkan bahan2 no 3 tadi.kacau hingga sebati.
  5. Masukkan putih telur dan kaup dan balik hingga adunan tidak bergentel.Perap dalam 10 minit.
  6. Panaskan pan dan lenser dgn butter kemudian masukkan 1 senduk adunan dan masak menggunakan api sederhana hingga masak.
  7. Bolehlah dihidangkan panas2.

22 comments:

  1. buat kuah durian tu sya tau.. tp nak buat pancake tu blm cuba lg.. :)

    ReplyDelete
  2. pancake mudah tu wani nak try la bley kasi qalief makan...tukar selera dia pulak hihi

    ReplyDelete
  3. kadang2 kalau rajin buat roti jala cicah bubur durian pon sodapppp....

    ReplyDelete
  4. Amboi 3 keping makan sendiri Norzie, sedapnya

    ReplyDelete
  5. haish...tersilap le sampai ke sini...kuah durian itu...oh...kat nihon takde

    ReplyDelete
  6. assalm norzie..memang nampak sedap kuah durian tu pekat..makan ngan pulut mesti best tu

    ReplyDelete
  7. Kalau tak suka manis boleh kurangkan kan manisnya. Rugi tak suka ;) saya suka yg putih je. Tp lebih elok guna gula merah dr segi kesihatan. Erm.. buat terliur pula sis ni..

    ReplyDelete
  8. pancake nya jadi kelihatan enak tuh kak xixixi :D

    ReplyDelete
  9. assalam sis
    sedap wat cicah roti ataupun makan ngan pulut tanak dgn pengkek @ lempeng pun ok
    ktorg panggil pengat durian, memang kalu ada durian mesti wat sikit pengatnya, anak2 suka jugak cicah roti

    ReplyDelete
  10. sy nk try la buan pancake ni.. mcm best je ;-)

    ReplyDelete
  11. simple dan menyelerakan..
    terliur plok malam ni..
    tibe2 rasa lapor..

    ReplyDelete
  12. Hari tu buat kuah durian dgn pulut...nnt nk try mcm ni la plk...

    ReplyDelete
  13. Dengan pancake yang tembam tu waduhh dapat sekeping sedap ni calit banyak kuah durian tu hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam Norzie..memang sedap buat kuah durian ni,Iza selalu buat letak gula putih,jadi warnanya putih krim gitu n selalu makan ngan roti putih je,nanti boleh cuba makan ngan pancake lak...

    ReplyDelete
  15. sedapnya kuah durian...dia kalau tengah musim durian kalau tak buat kuah ni memang tak sah..hehehhe

    ReplyDelete
  16. xberapa sgt dgn durian...tp tgk mcm tergoda jugak ni....durian kt kg saya xlekat...;)

    ReplyDelete
  17. izan suka makan durian sis... tapi tang nak buat kuah durian ni mmg tak pernah buat lagi sbb yg makannya nnti izan sorang lah jawabnya.

    sedapnya makan ngan pancake! nyummmmyyyyy....

    ReplyDelete
  18. durian sekarang ni melambak kat Puchong.... buat kuah durian pun sedap ni....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.