Monday, 18 June 2012

Kari Ayam



Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.Semoga semuanya sihat2 belaka dan dirahmati Allah hendaknya.
Maaf ye...tak sempat nak jenguk dapur rakan2,mmg agak sibuk sikit dua tiga hari ni.Nanti kalau ada masa terluang sis akan pergi hendap2 bawah tudung saji korang.
En3 kali ini cuma kari ayam simple aje.Kalau masak kari sis suka tambah sedikit serbuk cili atau cili giling,biar rasa pedas sikit dan sedikit kerisik.Menu sihat santan boleh di tukar kepada susu cair.
Jom kita tengok resepi kari ayam.

Kari Ayam
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 500gm ayam-dipotong dan basuh bersih
  • 1 paket serbuk rempah kari (sis guna babas)
  • 1 sb serbuk cili (suka hati)
  • 1 sb kerisik
  • 2 biji kentang-potong 4
  • 3 cawan santan /susu cair
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa

Bahan penumis:
  • 2 biji bawang kecil-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis.

Cara memasak:
  1. Campurkan serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air(jadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah tadi(no 1) dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang kacau sebentar.Masukkan santan dan biar mendidih sekejap.
  5. Akhir sekali masukkan air asam jawa,kerisik dan garam secukup rasa.
  6. Apabila ayam dan kentang telah empuk dan kuah agak pekat bolehlah di angkat.

14 comments:

  1. As'kum KAri pun karilah memang tidak pernah jemu dengan kari.. slurpppp :))

    ReplyDelete
  2. sy pun sk letak cili giling...

    ReplyDelete
  3. sama jugak akak letak cili kisar sbb utk kasi merah menyala dan pedas bengang heee sedap nampak kari tu..

    ReplyDelete
  4. jarang buat.. hehehhe.. saya masak yg terlalu simple je ^_^

    ReplyDelete
  5. Norzie... makan roti jala cecah dgn kari Norzie ni sedapnya.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..cicah roti..atau dgn nasi panas..waalllaaaa..kecur tul:)

    ReplyDelete
  7. assalam norzie..masak kari guna susu cair..memang sedap..tapi acik pernah cuba masak lemak cili api guna susu cair..tapi rsa macam tak berapa kena dengan tekak

    ReplyDelete
  8. kari ayam tu pnambat selera QH tau...fav sgt ni...sedapnye

    ReplyDelete
  9. salam.Atie pon sama gak..klu masak kari mesti tambah cili blend sikit..biar ada rasa pedas.
    Nampak sedap tu...esok leh la menjala lak..:D

    ReplyDelete
  10. wah sedapnyer sis kari ayam tuh...nyummy!

    ReplyDelete
  11. saya pun masak kari ayam ahad baru2 ni..hehehhe...memang tak pernah jemu dgn gulai kari...sedap sentiasa..:)

    ReplyDelete
  12. kari mmg fevret anak2 juga ni sis...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.