Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah memberi sedikit komen dan sudi menjadi follower di blog yang tidak seberapa ini.
Syukur kehadrat Allah kerana di beri peluang bernafas lagi di bumi Allah ini dan dapatlah kita bertemu seperti biasa di alam maya ini.
Apa khabar semua?...semoga di hari minggu ini semuanya sihat2 belaka hendaknya di samping insan2 tersayang.Jom kita layan sebentar bingka ubi pandan ni.Biasanya kalau ada ubi kayu memang wajib buat bingka ni....mmg enak dan menjadi kegemaran kami sekeluarga.Sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jom kita berkongsi resepinya.
Bingka Ubi Pandan
Resepi:Norzie hany
Bahan-bahannya:
- 4 cawan ubi kayu-diparut
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air daun padan(blend 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan).
- sedikit garam
- Pewarna hijau.
Cara membuatnya:
1)Panaskan oven terlebih dahulu.
2)Masak 1/2 cawan air daun pandan dgn gula dan biarkan suam sebentar.
3)Satukan semua bahan2 termasuk air gula yang telah suam tadi.Kacau hingga sebati.
4)Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
5)Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
6)Angkat dan sejukkan sebelum di potong.
SELAMAT MENCUBA.
sedapnyer.....
ReplyDeletesedappp...:)
ReplyDeletejs suka yg colour brown tu lg sedap kot...hihi..
ReplyDeleteMenarik dan pasti sedap kan... Nnt leh try.
ReplyDeleteassalm norzie..terliur acik..biasa acik makan bingka ubi mesti warna gula merah tu atu pun kuning..first time acik tengok warna hijau ni..mesti sedap..
ReplyDeleteSalam norzie..nampak sedap bingka ubi ni,fev iza ni,selalunya makan warna kuning je..sesekali buat yg pandan ok juga.
ReplyDeletemak zie selalu buat yang kaler perang tu je.. buy gula merah .. sedap
ReplyDeletesaya suka bingka. tp kat sini tak jumpa ubi kayu pun. huhu.. biasa buat bingka pandan je. :D
ReplyDeletemesti sedap ni.. tima kase kongsi resepi ^_^
ReplyDeletetak pernah makan lagi kalau yang perisa pandan..
ReplyDeleteMaaf Norzie, akk lmbt skit balas kunjungan, gi shopping tadi:-)
ReplyDeleteBingka ubi kesukaan akk ni, tapi susah nk jumpa ubi yg elok...
febret ni lama x buat
ReplyDeletehaaa lapar pulak...huhuhu
Tak pernah lagi rasa yg mcm nii...
ReplyDeleteMesti sedapkannn
Tak pernah lg jumpa warna hijau. Mmg sedap kalau ubi ya sedap ;)
ReplyDeletesuka..wah...hijau menawan tuu
ReplyDeleterajinnya masak bingka...saya baru2 ni buat bingka roti terlembik lak sebab tak cukup roti...hehehhe
ReplyDeletewow enak nih kak >< boleh di coba,hehe dapat resep baru,nanti aku coba buat dengan mama :D
ReplyDeleteSedapnya :)
ReplyDeletebila lah nak buat ni?...
sedapnya kak.. rasa lapo plak tgk gambar2 kuih kt blog akak nih... :)
ReplyDeleteSalam kenal..
ReplyDeleteTerima kasih sudi datang ziarah saya yang tak seberapa nie..Saya dah lama tak memasak kecuali yang simple-simple sebab saya dan suami sedang berjauhan..Insyaallah...teringin jugak nak mencuba pelbagai resepi kawan-kawan yang menarik..Terima Kasih sekali lagi...
salam norzie cygg..lama sungguh x mkn bingka ubi..terasa2 pulak kt tekak nie..klu la dpt sepotong..wallaaa..nikmatnya..he hehe esk nk cari la kt kedai kuih..:)nk buat mmg malas
ReplyDeletebingka ubi.. sedap tu kak ;-)
ReplyDeleteuish sedapnya bingka ubi...
ReplyDeleteMCM KUE BAKAR..
ReplyDeleteSalam, nampak sedap kuih tu...
ReplyDelete