Sunday, 10 June 2012

APAM ICE CREAM CORNETTO


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sekejap aje masa berlalu dimana esok anak2 kita dah start bersekolah seperti biasa.Mujur pihak UIAM panjangkan seminggu lagi cuti semester...bermakna ada masa seminggu lagi menghabiskan masa bersama anak sulungku.
Jom kita layan resepi apam ice cream cornetto.
Terjumpa resepi enak ini di blog masam manis....teruja dan sangat tergoda.Syukur Alhamdulillah resepi ini sedap dan tidak menghampakan.Seperti Ita sis juga tambah sedikit ovalate di dalam adunan apam ni.Terima kasih kepada Ita dan penyumbang resepi ini mama Fami dan izinkan sis share disini untuk rujukkan diri sendiri dan rakan2 yang lain.


APAM ICE CREAM CORNETTO
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mama Fami

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan ice-cream soda
  • 1 sudu essence rose
  • sedikit pewarna merah (suka hati)
  • keroncot kertas secukupnya (5.5 in x 4 in)
  • 1 st ovelate
  • Coklat masakan
  • Hiasan(sedikit kekacang)
Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur + gula hingga kembang dan tambah 1st ovalate
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. 1/4 adunan warna merah, yg selebihnya biar kuning.
5. Masukkan keroncot/kelongsong/kon kertas ke dalam lubang kukusan.
6. Tuang adunan kuning kemudian merah.
7. Kukus 15 min.


29 comments:

  1. thanks for the resepi. ^^

    ReplyDelete
  2. assalam sis
    kreatiflah, mesti berebut-rebut anak2 tgk ni
    esok dah mula sekolah he he tugasan sperti biasa tgh menanti he he

    ReplyDelete
  3. Mukanya saya ingatkan ice cream betul tadi...rupanya apam, memang menarik

    ReplyDelete
  4. ingtkan aiskrim....rupanya apam...mmng kreatif dan menarik....tentu sedap....

    ReplyDelete
  5. ololooo comelnya bntuk kon cam gini :-)

    ReplyDelete
  6. comel nyer lah~
    x sampai hati plak nk mkn da gini rupenye~

    ReplyDelete
  7. Wow! cayalah!! memang sebiji macam ice cream cornetto.. :)) nak makan kena kunyah tak perlu di slurrpp hehee... best.. Insyallah bila free ingat nak cuba jugak. tapi ada ke korem yang nak ajak makan?? jamu mata kat sini aje yaa..:))

    ReplyDelete
  8. wahhhh...nk 2 ketuii cornetto tu..

    ReplyDelete
  9. assalam norzie..acik pun tertarik tengok apam ni..ada masa teringin nak mencuba

    ReplyDelete
  10. apam ke... uhuhhuhu... sebijik cam eskrem... mesti bebudak suka..

    ReplyDelete
  11. rajin nya Norzie, akak ni berangan je nak buat tapi belum lagi tahap kerajinan macam Norzie ni cuma rajin makan je apa2 pun tahniah kerana mencuba resepi yg rasanya sngt susah jugak tu kan..

    ReplyDelete
  12. Amboi... Mmg tergoda aih.... Kreatif la... Terbaikkkkk..

    ReplyDelete
  13. apam m acam ni kalau dapat kat bebudak, mesti berebut. Sebijik macam koneto tu..

    ReplyDelete
  14. adeh tergoda ai.. nak makan pun sayang

    ReplyDelete
  15. tergoda betul! heheh..telan liur je la cikwan hari ni.. ;)

    ReplyDelete
  16. sebijik macam aiskrim betol..
    pandainyer buat

    ReplyDelete
  17. salam kenal dan follow kembali.. wah sya ni mmg tak pandai memasak.. nnt kalau nak masak je saya rujuk ke blog ini.. :)

    ReplyDelete
  18. salam kak...aduh...comelnye apam ice cream ni...geram sgt...

    ReplyDelete
  19. menariknya resipi apam ni..budak2 tengok mesti suka, org dewasa pun sama juga la..

    ReplyDelete
  20. wah..sgt comel!syg nk mkn..hee

    ReplyDelete
  21. akak..comelnyer apam ni..

    ReplyDelete
  22. ala....mcm mne nak buat...nmpak ssh je nk bt...tp menggoda sgt kuih ni :)

    ReplyDelete
  23. tak sampai hati nak mkn... cantik... hehehe

    ReplyDelete
  24. ala terer sis buat..
    sebijik mcm ice cream ;)

    minta izin copipes resepi,boleh?

    ReplyDelete
  25. Huwaaa sedapnya...
    Tak penah jumpa lagi kuih ni, mesti sesedap eskrem Cornetto kan :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.