Friday, 7 November 2014

Nona Manis


Nona Manis
Resepi asal milik:Warisan mama
Rujukan:Hesti's

Bahan A
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
  • 1 cawan tepung gandum
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
  3. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
  4. Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
  5. Bila dah siap ketepikan

Bahan B

  • 1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
  • 1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau apple
  • sedikit emalco pandan (optional)
  1. Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
  2. Satukan air pandan dan santan.Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
  3. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B

Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.

Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C
  • 1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
  • 1/2 sudu teh garam

  1. Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
  2. Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
  3. Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
  4. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
  5. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
  6. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  7. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
  8. Susun dalam kukusan.Kukus selama 7 ~ 10 minit
  9. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan.Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.

*resepi ni 1/2 adunan dari resepi asal.

*1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 ulasan:

nazayiena said...

sedapnya,tp rumit jgk nak buat dia ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...