Thursday, 20 September 2012

Nasi Beriani


 Assalamualaikum dan salam ceria.Semoga semuanya sihatlah hendaknya di samping keluarga dan tugas harian.
Hari tu dah janjikan nak bagi resepi nasi beriani...resepi sendiri dan ikut citarasa keluarga kami.
Nasi beriani ni sis gandingkan dengan beriani ayam,jelatah/acar darat dan papedom.
Kalau nak cuba sis sertakan resepinya di sini ye.



Nasi Beriani Bonda
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan beras basmathi (saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar rempah beriani -jadikan pes(saya guna jenama adabi)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 30 gm minyak sapi
  • 50 gm minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang
  • 20 gm daun saderi atau daun ketumbar-potong kecil
  • 20 gm daun bawang -potong kecil
Bahan hiasan:
  • Pewarna kuning
  • Bawang goreng
  • Gajus goreng
  • Kismis
Cara Memasak:
  1. Basuh beras dan rendam selama 20 minit.Toskan
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi,masukkan bahan tumis dan kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan air,susu cair dan garam.Setelah mendidih masukkan beras dan tutup rapat.
  5. Bila sudah kering,perlahankan api dan titis 3-4 tempat pewarna kuning diatas nasi.Biarkan dalam 5 minit.
  6. Kacau nasi dan biarkan sehingga masak dan bolehlah di tabur bawang goreng,gajus goreng dan kismis. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

14 ulasan:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Nak nak ! :)) Aumm ! Laponyaaaaa .

saly said...

bestnya.. nasi pun cantik..panjang je nasinya..:)

Rozie said...

uishh kak sedap ni teringin nak buat tapi tak try lagi...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

setakat ni belum berani lagi saya nak buat nasi beriyani, bilalah datang keberanian agaknya ya.. hehehe..

terrorlah Kak Norzie, dah boleh masak utk kenduri kawen dah ni

monasrie said...

memang tengah dok skodeng resepi nasi briyani yg simple. nampaknya macam dah terpaut kat resepi akak ni. Insyaallah akan dicuba..tq.

mama aryan said...

terus rasa lapar tgk nasi beriani..nak sikittt

IntaNBerliaN said...

adehhh sedaapnya :-)

|| NaFiRaa || said...

sedapnye~

Marsita Yahya said...

Marbelles! Ada lagi tak nasinya?

fieda said...

adoi..rajin la akak ni..kan best kalau akak duk depan umah saya..hihihi..dh lama saya nk belajar buat nasi beriani ni.saya nak try nanti ikut resepi ni..akak pandai buat nasi dagang..?

sekadar satu coretan said...

Sedappp..cantik nasinya tuu...nnpk pun dah berselera nk try..

zila norazila said...

nampak nasi sebiji2 cantik..zila x pernah buat lg nasi bryani..x reti kak:)nnt2 nk jgk cuba la.

eita said...

sedap nyer...
kak..nanti nak copy ye resepi ni..
nak buat untuk raya haji....

BINAMINDA said...


SAFFRON STIGMA, 1 GRAM = RM 36 SAHAJA(termasuk pos)
*15 terawal akan diberi 1 uncang teh saffron secara percuma!

Khasiat: saffron boleh membantu proses penghadaman dan menghilangkan bau mulut., menguatkan ingatan, agen anti barah,kencing manis, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, gout,keletihan, sembelit, Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang (sedative),Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain..

Boleh digunakan dalam masakan:Dibubuh dalam masakan seperti nasi beriani saffron, nasi ayam saffron, nasi minyak saffron, nasi arab mandi,ayam/kambing kuzi,ayam/daging kari.
-Dibubuh dalam susu dan teh panas

Cara-cara menggunakan;

6 stigma (filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung


untuk tempahan:www.zouksaffron.lot.my atau sms ke 014-6245 445 atau inbox ke zouksaffron@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...