Terdapat pelbagai cara membuat kek.Walau apa resepi yang anda pilih,satu aspek penting ialah persediaan asas yang di perlukan.Ini kerana kejayaan dan kelazatan dalam rasa dan bentuk bergantung kepada faktor ini.
- Tepung mesti di ayak sebelum di gunakan.
- Mentega adalah lelemak yang paling sesuai untuk membuat kek kerana ia menghasilkan perasa yang enak dan membuat kek tahan lama.
- Gula castor halus boleh di gunakan untuk membuat semua jenis kek berkrim.Gula yang kasar akan menghasilkan bintik-bintik di permukaan kek.
- Telur adalah bahan penting untuk menghasilkan kek yang ringan.Gunakan telur yang di simpan pada suhu bilik.
- Serbuk penaik mestilah di ayak bersama tepung gandum.
- Jangan keluarkan kek ketika ia sedang dibakar dan elakkan dari membuka pintu ketuhar sehingga sampai tempoh masa minimum yang di tetapkan dalam resepi.
- Kek krim atau mentega di kira masak apabila ia melantung kembali setelah di tekan dengan jari.Manakala kek buah-buahan mestilah di uji dengan lidi dan di kira masak jika hujung lidi bersih setelah di cucuk.
- Masukkan kek di bahagian tengah ketuhar di mana suhu di keliling ketuhar beredar.
- Jika di masak dua jenis kek dalam satu ketuhar,letakkan dalam kedudukan yang sama agar kek ini masak serentak.Untuk menggelakkan kek yang cantik naiknya tetapi turun setelah sejuk ialah dengan cara mengurangkan ejen penaik atau biarkan kek masak lebih lama sedikit.(lebih kurang 5 minit)
- Permukaan kek yang melekit di sebabkan suhu ketuhar yang rendah.Periksa suhu ketuhar dengan termometer ketuhar untuk mendapatkan suhu yang betul.
- Ketuhar yang terlalu panas atau acuan kek terlalu kecil akan menyebabkan permukaan kek pecah atau merekah.
- Jika bekalan elektrik terputus,biarkan sahaja kek di dalam ketuhar.Jika bekalan di hidupkan dalam masa 5-10 minit,anda boleh terus membakarnya.Jika masanya lebih panjang,buang sahaja kek itu.
Oleh:Norzie hany
Sumber: Majalah Mingguan Wanita 2006
5 ulasan:
bagus....sebab saya pon suke buat kek...boleh ikut panduan ni...=)
bagus info ni kak..
thanks kak.. panduan yg amat elok untuk saya yg baru nak beljar ni
comelll lak tgk cc yg mlompat2 kt bwh tu..hehe..ngapp kang bru tau..
1 lg ilmu yg QH pelajari hrni..tq Norzie berkongsi ilmu ttg penyediaan kek tu...
assalamualaikum norzie...wah rajin sungguh norzie masak ye...selalu entry ada masuk...ni masakan fav.adik beradik saya ni...
Post a Comment