Biskut Suji Kristal
Oleh:Norzie hany
Sumber: Buku Festive Cookies Chef Asma 2007
Bahan A (diayak bersama)
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh baking soda
Bahan B
- 125gm gula aising
- 1/8 sudu teh garam
- 100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Pewarna:
- Pewarna pink, hijau dan kuning
Hiasan:
- Gula kaster
Cara-caranya:-
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.
6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.
7 ulasan:
sedapnya
Biskut pebret saya, setiap tahun mesti x tinggal buat biskut nih :)
Assalam norzie.acik pernah majan ni.sedap kan
x pernah buat lagi mcm ni. nanti bila2 nak try lah. tp myk sapi tu mahal sgt lor...
tahun ni malas nak buat kuih..layan kuih kat sini je lah
cantik..
yummy...:)
Post a Comment