Monday 29 July 2013

Biskut Suji Kristal



Biskut Suji Kristal
Oleh:Norzie hany
Sumber: Buku Festive Cookies Chef Asma 2007

Bahan A (diayak bersama) 
  • 250gm tepung gandum 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh baking soda 
Bahan B 
  • 125gm gula aising 
  • 1/8 sudu teh garam 
  • 100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Pewarna: 
  • Pewarna pink, hijau dan kuning 
Hiasan: 
  • Gula kaster 
Cara-caranya:- 
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.

7 comments:

  1. Biskut pebret saya, setiap tahun mesti x tinggal buat biskut nih :)

    ReplyDelete
  2. Assalam norzie.acik pernah majan ni.sedap kan

    ReplyDelete
  3. x pernah buat lagi mcm ni. nanti bila2 nak try lah. tp myk sapi tu mahal sgt lor...

    ReplyDelete
  4. tahun ni malas nak buat kuih..layan kuih kat sini je lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.