Wednesday 28 August 2013

Tat Nenas Gebu





Tart Nenas Gebu

bahan2 pastri 
  • 4 oz butter- 115 gram
  •  4oz minyak sapi- 115 gram 
  • 1 biji telur gred B 
  • 1 lb tepung gandum-450 gram
  • sedikit garam 
  • air sejuk
Cara:-
  1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  2. Masukkan butter dan minyak sapi
  3. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  5. Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
  6. Guna acuan seperti gambar di bawah.
  7. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  8. Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  9. Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Akak biasa buat
  • 10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
  • 3 kampit gula
  • sedikit pewarna kuning
Cara
  1. kacau nenas dan gula
  2. Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
  3. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

10 comments:

  1. makan tat nanas memang best..rapuh dan cair dimulut.

    ReplyDelete
  2. kalau buat bulat2 boleh jugak ke kak?kita tak da acuan tu

    ReplyDelete
  3. kak ruby memang suka sngt biskut ni....

    ReplyDelete
  4. pebret ni kak..nxt time leh cuba yg ni..

    ReplyDelete
  5. Saya pun favaourite... gunakan nenas yang manis... tapi kurangkan minum bergula kawan2..!

    ReplyDelete
  6. sedapnyer ..tapi kite memang malas nak buat ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.