Monday, 30 September 2013

Siakap Masak Pedas


Siakap Masak Pedas

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap-belah dan bersihkan.
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa
Bahan tumis:
  • 15-20 biji cili padi-hiris
  • 1 biji bawang besar-hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih-ketuk dan hiris halus
  • 2 batang serai-hiris
  • 3 helai daun limau purut-hiris
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing.
  2. Angkat, letak di dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan tumis.
  4. Bila sudah wangi masukkan cili kisar,sos tiram dan cili sos kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan 1/2 cawan air,garam,serbuk perasa dan gula.
  6. Bila kuah sedikit pekat,angkat dan tuang di atas ikan tadi.    

5 comments:

  1. assalamualaikum
    hai dah lunch ke?
    hari ini anum bz sangat2

    ReplyDelete
  2. Meriah sungguh cilinya norzie... Nampak sedap Sgt ;)

    ReplyDelete
  3. buat hidangan pengantin best ni

    ReplyDelete
  4. boleh cuba resipi ni...nice blog..blogwalking...
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.