'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'
Syukur Alhamdulillah semakin sampai kita semua ke penghujung soalan kuiz yang dianjurkan oleh peserta Masterchef Malaysia yang pertama Shahriah Abdullah.
Untuk soalan 26 hingga ke 30,saya akan preview serba sedikit mengenai 5 blog kesayangan novelis ini.Mungkin juga beliau seorang penulis membuatkan penulisan di blognya sangat2 menarik minat untuk kita terus membaca berulang-ulang kali tanpa jemu.
Jom saya bawa anda semua melawat ke 5 blog beliau.
(Psttt...Jangan lupa bila dah sampai sana terus follow ye)
No 26
KLIK BANNER UNTUK KE BLOG HOBI & KOLEKSIKU hanya sekadar hobi....itu sahaja.
Sesungguhnya sudah beberapa kali saya terjah blog beliau senyap2(jahat ye) dan di sini barulah saya mengenali siapa sebenarnya Shahriah Abdullah.Beliau seorang ibu yang berkerjaya dan di waktu lapang hobinya menonton wayang bersama anak2.Link en3nya lihat di bawah ye...rugi kalau korang tak baca.
Selain dari itu Shahriah memang suka shopping barang dapur dan saya amat suka tengok gelagat dan gambar2 beliau ketika bershopping.Rupanya teliti betul wanita bernama Shahriah ni sampai sebelum beli satu2 barang tu boleh dibandingkan harga dan kualiti barangan tersebut.Jangan korang tak tahu dia punya borong segala mak bapak buah tau...katanya banyak khasiat dan awet muda.Tak di nafikan beliau mmg nampak muda,kalau tidak takkan pak cik kat pasar Melaka tu kata dia anak dara.Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila ke link di bawah.
Satu lagi perkongsian yang memang sgt2 saya suka mengenai blog beliau ini.Tak sangka Shahriah sangat2 kreatif orangnya.Segala gerobok buruk dan kerusi meja lama dirumahnya telah dicat berwarna putih,dah jadi English style....memang cantik.Kalau korang nak tahu(ni tak tipu ye)saya dah suruh hubby belikan cat berwarna putih.Saya nak tiru macam Shahriah...jimat 3K.Link en3nya di sini.
Beliau sangat jaga penampilan,kecantikkan dan fanatik warna merah.banyak info berguna dan banyak ilmu yang beliau berkongsi untuk semua followernya.Cepat terjah blog ini ye.
No 27
KLIK BANNER UNTUK KE BLOG NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH.
Ramai yang sudah tahu mengenai Shahriah Abdullah sebagai novelis dan beliau telah berjaya menerbitkan 8 buah novel dan novel terbarunya sedang hangat dipasaran sekarang iaitu Kerana sebiji epal.Blog ni berkisarkan novel2 yang beliau hasilkan.Saya memang suka lawat blog ni sebab saya peminat fanatik novel dan sebuah novel hasil karya beliau telah saya miliki.
Penulis ini sangat sibuk dengan segala udangan dan baru2 ini kita semua dapat mendengar suaranya keudara di stesen Radio Putra 90.7 dalam segmen Temubual Eksklusif Bersama Novelis
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke blog beliau:
No 28
KLIK BANNER UNTUK KE BLOG RESEPI SHAHRIAH.
Dalam kesibukan dalam bidang penulisan sebenarnya Shahriah sangat meminati bidang masakan di mana beliau telah menyertai rancangan Masterchef Malaysia musim pertama.Dari situlah terciptanya sebuah buku masakan hasil karya beliau berjudul Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.
Syukur Alhamdulillah...inilah blog pertama Shahriah yang saya jejaki.Seorang yang sgt2 friendly,tak sangka blog ini menjadikan kami rakan blogger masak2 sangat rapat dengannya.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau sudi singgah di blog saya dan meninggalkan sedikit komen yang sangat indah buat saya.
Blog ni berkisahkan segala resepi air tangan beliau dan ada juga resepi dari buku masakannya bertajuk Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. Banyak sungguh ilmu di dalam blog ini di mana banyak di sertakan segala tips masakan yang sgt berguna.
Kalau nak tahu lebih panjang silalah ziarah dan jadilah follower diblog masakan beliau.
No 29
KLIK BANNER UNTUK KE BLOG KENANGAN KISAH KINI DAN DULU.
Saya dah baca satu persatu entry di blog kenangan kisah kini dan dulu.Alahai bestnya....tak puas dan berulang2 kali saya baca.Apa yang best sangat tu?.Ya rakan2 yang di sayangi....di sini Shahriah sudi berkongsi kenangan ketika beliau bertarung dalam rancangan Masterchef Malaysia musim pertama.Banyak kenangan manis dan pahit yang beliau alami.Manis ketika dipuji masakkannya dan kenangan bertemu artis cantik jelita Sazzy Falak.Kenangan pahit dan seram ketika disana di mana beliau pernah diganggu mahluk halus...kita yang baca rasa seram beliau yang alami lagi la...sampai tidur peluk Quran u.Sungguh kesian.
Sekiranya anda berhajat ingin meyertai Masterchef musim kedua bolehlah singgah di blog ini di mana banyak tip ke persediaan uji bakat yang Shahriah kongsikan di sini.
Kenangan terkini saya suka baca kisah di kebun rambutan yang berbuah lebat...korang nak tengok rambutan terbakar tak?
Jangan lupa ziarah di blog kenangan kisah kini dan dulu Shahriah Abdullah.
No 30
KLIK BANNER UNTUK KE BLOG CUTI-CUTI SHAHRIAH.
PercuTIan BUdGet tetapi cukUp MenaRik! JimaT bElanJA JanjI PUas HatI...:):):)
Terlalu... terlalu... terlalu... CINTAkan keindahan yang diciptakan Oleh ALLAH YANG MAHA ESA, MAHA PENCIPTA SEMESTA ALAM... Laut... Gunung-Ganang.... Air Sungai yang mengalir.... Burung-burung berkicauan... Bunga yang bermacam warna... Pohon yang tumbuh menghijau... Melihat setiap gelagat manusia... Bangunan mencakar langit... Apa sahaja yang Unik dan Antik... Setiap kali melihat itu semua... Hati ini mudah tersentuh... mata melihat, otak sering berfikir... Idea datang kepadaku... segalanya akan di lihat bukan hanya di mata sahaja... di hati... jauh di lubuk hatiku... INSAF... lalu Shasha abadikan ia... agar segala kenangan itu terus tersemat di hati ini... kerana... masa yang berlalu tidak akan bisa diulang lagi..."
Saya suka kata-kata di atas tu Sha.
Blog terakhir beliau adalah blog percutian dan jalan2 cari makan bersama keluarganya.Saya yang dah 15 tahun dok Melaka pun tak pernah tahu mengenai kuih keria Haji Jalil di Limbongan Melaka.Sedih betul,Wahal selalu betul ke sana.Lepas raya saya nak meronda cari kedai Haji Jalil ni.Koi nak rasa sangat kuih keria bersira gula melaka asli yang ngko kata sedap sgt tu Sha.
Korang nampak tak...akan ku rasa kuih keria ini selepas raya.
Banyak tempat2 menarik yang beliau bercuti bersama keluarga di ceritakan di blog ni sampai bukan setakad tu aje...Pasar Besar Melaka pun ada u.Senyummmm koi bila baca en3 Shahriah ni.
Di blog ni terlalu banyak tempat2 menarik yang beliau lawati jadi marilah kita ke belog Shahriah ni.
Sekian sahaja.
Tatata...
4 ulasan:
Kelezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz Kak Tq so much.. sedang memberi markah *wink*
salam kenal dari kuiz yg sama :)
good luck akak ;)
good luck dear :)
good luck, panjang sungguh karangannye..ini mesti dapat markah lebih
Post a Comment