Sunday, 29 July 2012

Kek Butter Belang


Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Kek butter belang ni sis buat sebelum kita berpuasa hari tu.Sedap ada tiga perasa di situ,merah perasa strawberry,hijau perasa pandan dan coklat letak perasa coklat sikit.Kalau tak nak bubuh perasa pun boleh.Okay sekian sahaja untuk en3 kali ini dan jumpa lagi di en3 akan datang.
Sayang anda semua....muahhzzz
Selamat berpuasa semua.

Kek Butter Belang by Norzie hany
(Saiz loyang 8x8x3)
Bahan-bahannya:
  • 250gm butter
  • 220gm gula
  • 4 biji telur gred A
  • 220gm tepung gandum
  • 1sdt baking powder
  • 1 sdt esen vanilla
  • 50gm air
  • Pewarna hijau,kuning & merah(suka hati)
Caranya:
  1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan tepung yang di ayak dengan baking powder dan pukul sebati.
  5. Masukkan air dan gaul sebati
  6. Bahagikan kepada 3 bahagian(warna kan setiap bahagian dengan pewarna)
  7. Sapukan loyang dengan mentega....sendukkan 1 bahagian hijau seterusnya kuning dan merah.Ulang proses hingga habis adunan.
  8. Bakar selama 45 minit(Panas oven 10 minit sebelum membakar)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

nursuriani said...

hadoiiiiiiiiiii sedapaappnyaaa mak saya pun rajin buat kek neh? saya pun rajin gakkk tolongg makan hihihihi

Cikrosecute said...

sedapnya kak...nanti saya tukarkan kaler bakgroun kaler putih ya...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sis
ni raya wajib buat sis sb kat kg ramai peminatnya he he

Qasey Honey said...

wah cantiknye blog skrg ni...nk raya tukar langsir ehhh...hihi...nmpk sedap la kek belang2 tu...kecur lak tgk...dh lama xbuat kek ni...

|| NaFiRaa || said...

sedapnye.. bulih wat kek raya neh~ dap dap dap..
akak duk mana yer.. kalo dekat nak datang beraya kat umah akak bulih dak?? mesti banyak kuih n kek raya neh~ mueheehhe

zila norazila said...

wahhh cantik blog..ada kek lagi tue..rindu btl nk mkn kek mcmnie..nk wat malas btl la skrg nie..tgk pic nie..wahhh terliurr la:)

LiNa_Pg said...

Nampak gebus gebas butter cake norze ni..mayb pas raya bleh menerai gak ni..bulan posa ni, anak2 tak bape makan kek..

IntaNBerliaN said...

cantiknya warna dia..

Myra Jay said...

Sedapnya tengok kek ni, apatah lagi kalau makan pasti lagi berselera ;)

fieda said...

raya ni mesti buat..

Tie HT said...

buat hidangan raya ni best jugak. :)

syiela said...

nak raya cat ni decor rumah baru ye...

kalau rajin boleh buat time raya ni

Unknown said...

raya mesti ade.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...