Tuesday, 28 October 2014

Biskut Samperit

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Biskut samperit yang sedap dan cair di mulut.Buat untuk raya haji baru-baru ni.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi order dari sis. Terima kasih juga kepada penyumbang resepi Azlita Masam Manis kerana sudi berkongsi  resepi biskut samperit yang enak ni.Kepada yang berminat bolehlah mencuba biskut yang sedap dan bahan2nya pun tak banyak. 




BISKUT SEMPERIT
  • 250 gm butter
  • 150 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur 
  • 250 gm tepung red rose-sis guna tepung gandum
  • 150 gm tepung kastard 
  • 30 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • manik gula sebagai hiasan
  • Sedikit pewarna kuning-sis tambah
Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
  4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
  5. Panaskan oven pada suhu 170C,Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
  6. Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang.Buat dalam 2.5 cm panjang 
  7. Hiaskan dengan manik gula,Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
  8. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 ulasan:

Unknown said...

sedapnya.. saya suka sangat biskut ni :)

Unknown said...

sedapnyer! suke giler mkn kuih ni! klo raya, mkn kuih ni jer..tp suke yg bentuk dahlia tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...