Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni sis nak berkongsi resepi kek lapis alwani,tidak berapa sukar buat kek ni cuma 3 lapisan aje.Rasanya memang sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Terima kasih kepada Dayang kerana sudi berkongsi resepi kek lapis alwani ni dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Selamat mencuba.
Kek Lapis Alwani
Oleh:Norzie hany
Sumber:DapurKu Sayang
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan horlicks (original)
- 5 biji telur A
- 1/2 cawan gula halus
- 200 gm marjerin / mentega
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1/3 cawan kismis hitam
- 1 sdt esen vanilla
- pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :
- Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
- Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
- Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi
- Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla. Ratakan.
- Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
- Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
- Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
- Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.
5 ulasan:
sdapnya..:)
alahaiii.. sedapnye~
terliur tengok~
As salam. Cantiknya. Teringin nak mencubanya juga
kek nih mmg sedap kan kak..
nak kena buat lg nih hihi
hi
singgah ptg
dah lunch ke?
Post a Comment