Kuih yang senang dan mudah nak buat.Tidak menggunakan bahan yang banyak.Kuih keria ni santapan kami sekeluarga pagi ni.Jom kita kongsi resepinya.
Kuih Keria/Kuih Gelang
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:-
- 1 kilo ubi keledek-rebus dgn sedikit garam
- 2 1/2 cawan tepung gandum/secukupnya
- Gula & air -untuk di sira
- Minyak untuk mengoreng
Caranya:-
- Lenyek ubi yang telah direbus dan campurkan dengan tepung gandum.Sekiranya masih lembik tambah tepung.
- Uli hingga menjadi doh.
- Bentukkan seperti gelang dan goreng dengan api perlahan.Apabila dah masak angkat.
- Untuk sira,Panaskan air bersama gula.
- Masak hingga gula tersebut pekat dan bertali.
- Perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi,gaul hingga gula bersalut pada kuih.
- Bila dah siap bolehlah di hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.
4 ulasan:
waaaahh..
suka sgt.
kalau makan pagi2, memang sedap.
tapi nak try resipi nih dah tak sempat.
ada lebih tak? nak sikit..
hikhikhik
sedap ni.. dh lama xmkn... ;-)
hi..looks good...
Terbaik
Post a Comment