Showing posts with label Jemput2/Cekodok. Show all posts
Showing posts with label Jemput2/Cekodok. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Cucur Kembong Manis

Cucur Kembong Manis
Sumber:Fb Mai Zura

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas-yang betul2 panas
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Gaul semua bahan-bahan dengan senduk kayu,kalau dah kurang panas boleh gunakan tangan.
  2. Adunan akan menjadi seperti doh(macam buat kuih keria) dan melekat di tangan
  3. Masa nak goreng,celup sedikit tangan dalam air.kepal adunan bagi bulat2 dan goreng hingga kekuningan. 
*Masa dalam kuali bila nampak kuih boleh di terbalikkan,selalulah kacau kuih ni(kaup balik guna sudip)nanti kuih akan cantik bulatnya.   

Selamat Mencuba

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 10 December 2012

Jemput-jemput Jagung


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.
Bertemu lagi di en3 kali ini,setelah 2 hari bercuti dari berblog....terasa lama la pulak he3.
Biasanya kalau beli jagung mesti sis simpan sebiji dua untuk buat cekodok atau jemput2 jagung ni.Cekodok ni memang fav sis....nak buatnya pun mudah aje,sis rasa semua orang tahukan.
Kepada adik2 atau sesiapa sahaja yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini...bahan untuk udang tu boleh juga di gantikan dengan ikan bilis,ikutlah citarasa masing2.


Jemput-jemput Jagung
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji jagung-ambil isinya
  • 1 cawan udang kertas-buang kulit
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar-hiris 
  • 1 biji cili hijau/merah-hiris halus
  • 1 3/4 cawan air suam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak-untuk menggoreng
Cara-caranya:
  1. Bancuh tepung gandum,telur dan garam dengan air suam hingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan2 yang lain dan gaul rata.Perap lebih kurang 5 minit.
  3. Panaskan minyak dan basahkan hujung jari dengan air dan jemputkan adunan kedalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 3 December 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau ada baki nasi cubalah buat cekodok atau cucur nasi ikan bilis ni.Memang sedap dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba. 



Cucur Nasi Ikan Bilis
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)-sis letak daun kucai
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 3 October 2012

Jemput-jemput Udang Jeragau


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Masa untuk minum petang.Bila musim udang jeragau baru dapat merasa jemput2 udang jeragau.Tak tahulah sekarang ni musim udang jeragau ke tidak sebab bukan hari2 ada orang jual udang jeragau ni.Apa ke nasib agaknya masa sis lalu kat pantai Klebang baru2 ni ternampak ada orang jual udang jeragau ni di tepi jalan.Sis beli selonggok,murah aje cuma rm5.Hubby cakap belacan Melaka di buat dari udang jeragau.Kalau korang datang Melaka jangan lupa beli belacan ye,aik dah promot belacan pulak.
Jom...makan jemput2 udang jeragau dengan tea o panas. 


Jemput-jemput Udang Jeragau  
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 1/2  cawan tepung gandum
  • 1 cawan udang jeragau-di bersihkan
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 400ml air suam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:

  1. Satukan tepung gandum,bawang besar hiris,cili kisar,soda bikarbonat dan garam.
  2. Masukkan air suam dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan udang jeragau dan gaul rata.
  4. Panaskan minyak,jemputkan adunan ke dalam kuali dan goreng hingga kuning keperangan.
  5. Angkat dan hidangkan.   



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 4 August 2012

Cucur @Cekodok Bilis Air Panas


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Sekejap lagi kita semua akan berbuka puasa...ye ke kita( i dah 3 hari ABC u).Selamat berbuka puasa.
Cekodok yang di adun menggunakan air panas...tolong jangan guna tangan masa mengadun bahan2 ini ye.
Guna senduk kayu,memang adunan ini agak kental dan sis pun baru pertama kali mencuba resepi dari Zana(blog Inspirasiku). Teruja tengok cucur bilis yang bulat2 di blognya membuatkan sis ingin sekali mencuba.Alhamdulillah memang menjadi bulat2 gitewww(Tiru ayat Sha). 

Tu dia bulat2 dan lembut sekali.
Ermmm....sedap(Tq ye Zana sebab sudi berkongsi resepi cekodok bilis air panas ni).


Cucur @Cekodok Bilis Air Panas
Oleh:Norzie hany
Sumber: Inspirasiku

Bahan2:

  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan.. 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 28 June 2012

CUCUR UDANG LAGI


Assalamualaikum .
Entry cucur udang lagi.Sebenarnya cucur udang ni sis buat beberapa hari lepas tapi baru hari ni sempat disiarkan.Dua tiga hari ni rasa sibuk sgt2(alasan)....mood untuk berblog pun semakin merundum.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi singgah di sini dan jika ada kelapangan pasti akan di jejaki balik.
Cucur udang mmg fav kami sekeluarga....hubby suka makan cucur udang ni dgn kuah lada tapi sis lebih suka cicah dengan sambal kacang.


Mungkin cuaca yang panas membahang ketika ni,adunan cucur udang ni tak perlu perap lama cepat aje ia naik mengembang.Bila digoreng pastinya gebus sekali.Maaf ye,pic ni tak berapa jelas pulak sebab sis cuma guna hp aje.


Kalau rakan2 nak cuba bolehlah tengok resepinya di SINI ye.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 24 May 2012

Jemput-jemput labu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger yang sudi singgah di sini.
Sis memang gemar sangat masakkan berasaskan labu...tak kira la buat sayur atau buat sebarang kuih,semua sis bedal.
Selain dari buat sayur,labu manis boleh juga di buat pelbagai jenis kuih muih,puding atau manisan.
Jemput-jemput labu yang selalu sis buat untuk sarapan pagi atau minum petang...kuih kegemaran anak dara saya.Dia pun dah lulus buat jemput-jemput ni.Buatnya senang aje...Mari kita tengok resepinya.



Jemput-jemput Labu
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan labu - rebus & lecek
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:

  1. Campurkan semua bahan2 ke dalam mangkuk. 
  2. Gaul dan ramas hingga sebati.Biarkan lebih kurang 5 minit barulah di goreng dalam minyak yang telah di panaskan.
  3. Bila sudah kekuningan angkat dan toskan.
  4. Hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 17 May 2012

Jemput-jemput kucai.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sarapan mudah,ringkas dan senang nak buat.Jemput2 kucai atau cekodok kucai ni memang feveret sis dari kecil sampai la tua ni.Pantang ada kucai mesti nak buat jemput2 macam ni.Memang sedap makan panas2 cicah dengan sos Thai.Biasanya sis akan bancuh adunan ni guna air suam...ni kira petua la nak bagi jemput2 yang kita buat tu garing di luar dan lembut di dalam.Maaf ye,sis tak pernah sukat bahan2 untuk buat cekodok kucai ni...main agak2 aje.Sape2 yang belum pernah makan jemput2 kucai ni.... jom cuba buat.

Jemput-jemput Kucai
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:
  • Tepung gandum
  • Kucai-potong
  • Bawang besar-hiris kecil2
  • Udang/Ikan bilis-suka hati
  • Cili hijau-hiris kecil2
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Air suam secukupnya.
  • Minyak untuk mengoreng

Caranya:
  1. Satukan semua bahan2 dan gaul hingga sebati.Biarkan 5 minit.
  2.  kemudian goreng dalam minyak panas.Bila jemput2 dah kekuningan angkat dan toskan.
  3. Bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 8 May 2012

CUCUR UDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru hari ni langit nampak cerah sikit.Lepas minum petang ajak hubby pusing2 stadium Hang Jebat,naik motor aje...makan angin petang(dekat aje dgn rumah).Maklumlah dah 2 hari tak keluar mana sebab cuaca mendung aje kat Melaka ni.
Tak mau bebel banyak2...terus pada menu minum petang Pn Norzie hany hari ni.Tak adalah istimewa mana pun sekadar cucur udang aje.Buatnya pun senang aje,campak2...siap(melampau la tu).
Cara saya buat cucur udang begini ye...kalau boleh perap lama sikit biar dia kembung dan bulat2 gitu.Saya nak cepat tak sempat pulak adunan nak mengembang dah goreng.Cucur saya tak tembam sgt.Untuk cicahnya saya buat sedikit sambal kacang...tapikan kalau tak rajin cicah aje dengan sos cili.


CUCUR UDANG

Resepi:Norzie hany


Bahan-bahannya:-

  • 3 cawan tepung gandum
  • 10 ekor udang
  • 20gm kucai
  • Segenggam toge
  • 2 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1sb yis mauripan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:

  1. Bancuh tepung gandum,garam,serbuk kunyit,yis dan telur dengan air suam.
  2. Masukkan kucai dan toge dan gaul sebati.Perap sebentar sehingga adunan naik.
  3. Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
  4. Masukkan sedikit adunan kedalam senduk dan bubuh udang diatasnya.
  5. Goreng hingga cucur udang masak dan kekuningan.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...