Friday 30 November 2012

Cencaru Panggang Shahriah


Assalamualaikum wbt semua.
Cencaru Panggang atau caru sumbat belah belakang.
Resepi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah....korang dah beli ke?.Memang tak rugi memiliki naskah ini,resepi di dalam buku ini semuanya enak2 belaka dan yang penting bahan2 yang digunakan memang senang dan mudah di dapati.Buku ini memuatkan resepi turun-temurun atau warisan keluarga Sha.
Terima kasih dan minta di halalkan resepi ni ye Sha,sis mohon share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain. 

Cencaru Panggang Shahriah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan cencaru-belah belakang
  • Daun pisang-utk alas waktu memanggang
  • 1 helai daun kunyit-hiris
Bahan kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sm halia
  • 1 sm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 1 sm belacan
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan.Lumur dengan sedikit garam dan minyak.
  2. Campurkan bahan kisar bersama daun kunyit dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Sumbat dalam belahan belakang ikan.
  4. Panaskan kuali leper dan alas daun pisang sewaktu memanggang.Panggang ikan hingga masak.
  5. Angkat dan sedia di hidangkan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Mini Murtabak Inti Kentang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di pagi jumaat yang mulia ini.....semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga dan tugas2 harian.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang dan cuci mata di blog SNH....kalau ada masa datanglah selalu ye.Hari ini sis hidangkan anda semua dengan mini murtabak inti kentang....suka tak?.
Untuk doh sis guna resepi roti canai en3 di SINI dan hari ni sis share cara buat intinya aje.Tak susah mana pun....sikit lebih kurang macam buat inti karipap.Sis letak isi ayam,kalau yang nak tukar pada daging pun boleh.Jangan risau....kita yang buat diakan. 


Mini Murtabak Inti Kentang 
Oleh:Norzie hany

Bahan Inti Murtabak:
  • 3 biji kentang-potong dadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk kari(boleh tambah)
  • 100gm isi ayam-cincang halus
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih -hiris halus
  • 1 tangkai daun saderi-hiris
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1 biji telur-pukul dgn garfu
  • Garam & gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan serbuk kari yang di campurkan sedikit air dan kacau hingga terbit minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang di cincang dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan kentang dan air untuk empukkan kentang.Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tabur daun saderi dan kacau hingga kentang empuk dan inti kering.
  6. Angkat dan sejukkan. 
Cara membuat murtabak:
  1. Campurkan telur kedalam inti murtabak tadi dan gaul rata.
  2. Tebar bebola tepung hingga menjadi kepingan yang lebar.
  3. Letakkan inti diatasnya dan lipat tepung yang telah di tebar.
  4. Masak di atas kuali leper yang di renjis sedikit minyak.
  5. Bila sudah masak dan berwarna kekuningan bolehlah di angkat dan hidangkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 29 November 2012

Kuah Passembur/Rojak Mamak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang di janjikan....hari ni sis nak berkongsi resepi kuah Passembur.Kepada penggemar rojak mamak bolehlah cuba resepi ni ye.Bahan-bahan yang dalam gambar tu tak berapa lengkap...banyak yang tak ada.Boleh tambah mee kuning yang di celur(rojak mee)...ikut la kesukaan masing2.Untuk resepi cucur rangup yang ada kelapa/cucur passembur en3 di sini.Kuah rojak ni tak sama rasa macam kuah kacang yang kita makan nasi impit tu tau.Kalau nak tahu korang cubalah sendiri.Resepi ni sis belajar dengan mamak yang berniaga rojak mamak hehehe.
Selamat mencuba.


Kuah Passembur/Rojak Mamak
Oleh:Norzie hany

Bahan2 Pasembor:
  • 1 biji cucur kelapa-potong
  • 1 biji cucur udang-potong
  • 1 biji tauhu -potong
  • 1/2 biji timun dan sengkuang
  • Kentang rebus-potong kecil
  • Telur rebus
  • Tauge celur-jika suka
  • Mee celur-jika suka
Bahan Untuk Kuah:
  • 100gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
  • 20gm serbuk cili
  • 125gm gula merah/gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan-simpul
  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 sudu kecil garam
  • 50gm biskut marie-kisar
  • 1 liter air

Cara membuat kuah rojak:
  1. Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan dan serai.
  2. Masukkan serbuk cili dan biarkan masak.
  3. Masukkan gula merah,gula pasir dan kacang tanah,kacau hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan biskut marie untuk memekatkan kuah.
  6. Bila sudah masak angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 28 November 2012

Cucur Udang Untuk Passembur Atau Rojak Mamak


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Nampak tak????...Haha...sedap ngko,cucuq udang yang buat passemboq tu...ada orang panggil rojak kuih mamak.Ya Allah...sebijik macam rojak mamak yang sis makan kat tepi sungai jambatan kampung Jawa Melaka tu.Kalau makan kat situkan sis siap minta tambah cucuq tu....sedap.Cucuq ni kan rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.Dah lama betul sis cari resepi ni....terjumpa di blog Mamak Haji terus sis email minta di halalkan resepi ni.Terima kasih ye Mamak Haji,tapi saya derhaka sikit aje pada resepi tu...bila cair sgt saya tambah 1/2 cawan tepung gandum lagi...mujur jadi dan sedap sgt2.
Untuk kuah passemboq nanti sis kongsi resepinya di en3 akan datang ye.
Selamat mencuba.



Cucur Udang Untuk Passembur Atau Rojak Mamak
Oleh Norzie hany

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm)(akak letak 11/2 cawan)
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar (tbsp)tepung jagung
  • 3 sudu besar (tbsp)kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
  • 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket
  • 1/2 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
  • 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
*Nota:Mamak haji tak tambah kisaran udang,tauge,kucai,bawang atau cili hidup.Kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia di guna untuk"resepi passembur".Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan rengup.kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi sepert kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.
8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 27 November 2012

Apam Indon


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni tak maulah bebel panjang2 sebab sis pun tak berapa sihat.Terus pada tajuk en3 ye.
Apam Indon ni sis buat petang semalam....tercapai juga hajat nak buat apam indon ni walaupun agak ketinggalan.Resepi ni sis cnp dari blog CMG dan pemilik resepi ni,sis pun tak pasti siapa,rasanya MamaFami kot.Rasanya memang sedap....gebu aje.
Kepada penyumbang resepi apam Indon ni,terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini dan izinkan sis share di blog ni pula untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.


Apam Indon
Oleh: Norzie hany
Sumber:Mama Fami

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 biji telur gred A
  • 300 gram tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 300 gram gula halus (mat guna 250 gram)
  • 1 camca teh ovallate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 250 ml santan (boleh ganti dengan susu sejat)*
  • Sedikit garam*(*disatukan dan kacau rata)
  • Perisa dan pewarna makanan pilihan anda
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar telur dan ovallate hingga kembang, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga adunan pekat dan gebu, guna kelajuan tinggi. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan santan tadi, hingga habis, gaul rata.
  3. Bagikan adunan kepada 3 bahagian. Dua bahagian ditambah dengan coklat emulco dan esen vanilla (setiap bahagian dicampur dengan 1 camca teh coklat emulco dan 1/2 camca teh esen vanilla). Kacau rata.
  4. Baki satu bahagian lagi, dibagi 3, biar sama banyak. Letakkan setiap bahagian dengan warna dan perisa yang berbeza, merah untuk perisa strawberry, Ungu untuk perisa blueberry dan Oren untuk perisan orange. Kacau rata dan ketepikan.
  5. Seterus, tuang 1 bahagian adunan coklat ke dalam tin yang telah disediakan. Ratakan dan kukus 10 minit dengan api sederhana. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk atau aluminium foil. Bila permukaan apam kering, lapis pula dengan adunan yang bewarna-warna. Anda tompok2kan setiap warna untuk beberapa bahagian dan tindikan juga dengan warna berbeza. Lorek sedikit. Sambung kukus untuk 10 - 12 minit.
  6. Kemudian akhir sekali, tuang bahagian akhir adunan coklat, ratakan sambung mengukus untuk 40 minit lagi, biar betul2 tanak. Keluar dan sejukkan. Boleh dipotong dan hidangkan.....Selamat mencuba!.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 26 November 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi



Assalamualaikum wbt dan salam sejehtera kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Untuk en3 kali ini sis nak berkongsi resepi masakan kampung yang sangat mudah dan di gemari ramai.
Kepada anak-anak dan adik-adik yang baru hendak belajar memasak bolehlah cuba resepi ni.Jangan bimbang hendak mencuba setiap masakan....setiap masakan pasti enak apabila kita memasak ikhlas dari hati.
Untuk peringatan diri sendiri dan anak-anak setiap kali nak sukat beras atau memulakan setiap masakan jangan lupa dimulakan dengan bacaan bismillah.Satu lagi yang bonda sis selalu pesan bila selepas ayam,ikan atau daging di bersihkan jangan lupa cucur/curah air dan bersalawat.
Selamat mencuba


Ayam Masak Lemak Cili Padi
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 10 ketul ayam-di bersihkan
  • 3 batang serai-di ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • Santan pekat-secukupnya
  • 2 biji ubi kentang-belah 4
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukupnya
Bahan kisar:
  • 20 biji cili padi(boleh tambah/dikurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Cara-caranya:
  1. Masak ayam bersama bahan-bahan kisar ,serai,kentang dan asam gelugur hingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula@serbuk perasa secukupnya.
  4. Kacau sentiasa sehingga kentang empuk. 
  5. Apabila telah masak bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 25 November 2012

Pau Sambal Goreng


Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada semua rakan2 di alam maya yang saya hormati selalu.
En3 tertunggak sebenarnya....dah beberapa hari sis buat pau ni,tapi baru hari ini sempat berkongsi di sini.Kalau makan pau sambal ni memang tak cukup seketul....ni antara kuih fav sis dari dulu lagi. 
Resepi ni sis cnp dari blog Yatie dan resepi asalnya(kuih donut)dari kak Liza.Terima kasih ye Yatie dan kak liza kerana sudi berkongsi resepi pau sambal yang sangat sedap dan gebusss ni.Izinkan saya panjangkan di blog ni sebagai panduan/rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Selamat mencuba.  


Pau Sambal Goreng
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie

Bahan A 
  • 600 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm susu tepung
  • 1 s/k garam
  • 11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B 
  • 1 biji telur [pukul sikit]
  • 330 ml air suam
  • 60 gm majerin /butter
  • 1 s/k bread softener
Bahan C [untuk goreng donut] 
  • 500 ml minyak
  • 1 s/b majerin
Cara-Caranya
  1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
  2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. Yatie uli guna tangan, jadi Yatie tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg di kehendaki.
  3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
  4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
  5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
  6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
  7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Boleh juga di buat pau sambal.
**Saya buat pau goreng. Bila doh dah naik sedikit, saya bulatkan2 dan leperkan sedikit, susun dlm dulang. Bila doh dah naik barulah goreng guna api perlahan/sederhana je. Masa nak goreng pun leperkan doh sedikit. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, barulah belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Sapukan sambal tumis dan letakkan hirisan timus. Siap dan bolehlah di hidangkan.

Bahan2 Inti Pau Sambal
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 23 November 2012

Daging Masak Kurma



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini....semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT di dunia dan akhirat hendaknya. 
En3 kali ini...daging masak kurma yang sangat sesuai untuk penggemar masakkan yang tidak pedas.Daging masak kurma ini sangat enak di makan dengan semua jenis nasi dan sangat sesuai dihidangkan di majlis2 keramaian.
Sis sertakan resepinya di sini,sape2 yang berminat bolehlah mencuba.  



Daging Masak Kurma
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 400gm daging-potong dan bersihkan
  • 25gm serbuk rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 biji kentang-belah 4
  • 2 biji cili hijau-belah 2
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 biji tomato-belah 4
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukup rasa
  • Minyak-menumis  
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang merah- hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai-diketuk
Cara-caranya:
  1. Bahan-bahan kisar di campur dengan serbuk kurma(jadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.Biarkan daging mengeluarkan air dan kecut sebentar.
  5. Masukkan santan,kerisik dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa dan semua bahan2 yang lain.Apabila kuah agak pekat angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 22 November 2012

Sambal Tumis Telur Rebus


Assalamualaikum semua.
Sambal tumis telur rebus....dah lama sis tak masak sambal tumis telur rebus.Rasanya semua orang pandai masak sambal telur yang mudah ni....tapi sis tetap nak berkongsi juga cara sis masak sambal telur ni.Manalah tahu resepi ini boleh dijadikan panduan kepada adik2 yang baru hendak berjinak-jinak kedapur.
Selamat mencuba 


Sambal Tumis Telur Rebus
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur-rebus dan kupas kulitnya
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak-menumis
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus hingga kekuningan.Ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
  4. Masukkan telur tadi dan bawang hiris.Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak hingga pecah minyak.Angkat dan hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bingka Ubi Kayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua rakan2 follower,pengunjung2 mahupun  silent reader yang sudi bertandang di blog ni.Apa khabar semua?...Apa pun moga kita semua sentiasa di lindungi dan di rahmati Allah SWT hendaknya.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka ubi kayu,sebelum ni pernah buat bingka ubi pandan.Akan datang InsyAllah,kalau ada ubi kayu lagi kita buat bingka ubi gula melaka pulak. 
Sebenarnya bingka ubi kayu ni adalah kuih favorite sis....pantang ada ubi kayu mesti nak buat kuih ni.Kalau makan bingka ni memang tak cukup seketul...sedap eh bingka ubi ni,liat2 gitew.
Kuih bingka ubi kayu yang enak ini sesuai di makan bila2 masa aje,tak kira pagi,petang,malam di waktu hujan mahupun waktu panas.
Jom kita kongsi resepinya.


Bingka Ubi Kayu
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan ubi kayu-diparut
  • 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Pewarna kuning
  • sedikit garam 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Satukan semua bahan2 dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
  4. Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
  5. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 21 November 2012

WW-Kuih Bom Inti Kacang Hijau

Assalamualaikum semua.
Kuih Bom Inti Kacang Hijau......Sedap buat sarapan pagi atau minum petang



Kuih Bom Inti Kacang Hijau
Oleh:Norzie hany

Bahan untuk doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air-secukupnya
  • Bijan secukupnya-untuk salut 
Cara membuat doh:

  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.
  2. Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
Inti kacang hijau
  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
  • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/kurangkan
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 2-3 sudu tepung gandum
  • Air-secukupnya
Cara-cara :
  1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
Cara membuat kuih bom:
  1. Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan.
  2. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan.Angkat dan hidangkan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 20 November 2012

Ikan Siakap Laprik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Ikan siakap laprik adalah masakan dari Thailand atau Siam.Resepi yang cukup enak ini sis ambil dari majalah mingguan wanita.Selalu juga masuk restoren masakan siam tapi sis belum pernah cuba makan ikan siakap laprik ni....selalu dok order tomyam dan nasi paprik aje.
 Kepada penggemar masakan Siam bolehlah mencuba sendiri resepi ikan siakap laprik yang sangat enak ini.
Selamat mencuba.



Ikan Siakap Laprik 
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 10 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan
Cara Memasak:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing.angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos Thai dan bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Roti Canai


Assalamualaikum wbt semua.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di en3 kali ini.Dah sarapan ke?Kalau belum jom kita makan roti canai sama2.Datang kerajinan nak buat roti canai sendiri,selalunya beli aje....kih3.Tebar atas dulang besar....eh bukan tebar main tarik aje doh bagi nipis.Sis buat roti canai ni ikut resepi Joayee,dengan 4 cawan tepung ni dapat lebih kurang 10 biji.
Kepada penggemar roti canai,kalau teringin nak buat roti canai sendiri bolehlah cuba resepi ni.
Selamat mencuba.



Roti Canai 
Oleh:Norzie hany
Sumber:Joayee@MyR

Bahan-bahannya:
  • 550 gm tepung gandum(sis guna 4 cawan tepung gandum)
  • 250 gm air (sis guna 1 cawan air)
  • 1 egg-50gm
  • 3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • 1 tsp garam-6gm
  • 1 tsp butter/margerin-15gm
*1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli


Cara-caranya:
  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh,rehatkan doh selama 10min
  4. uli lagi selama 5min
  5. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  6. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  7. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  8. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  9. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 19 November 2012

Kuih Tepung Pelita/Kuih Tako


Assalamualaikum wbt dan salam ceria.
Kuih tepung pelita ....sis suka makan kuih ni,kalau bulan puasa boleh katakan selalulah beli. 
Kali ni buat sendiri,daun pandan saya ambil di rumah mil ketika pulang ke kampung baru2 ni.Satu adunan ni banyak juga dapat,baru rasa puas makan.Untuk resepi ni sis guna tepung Hoen Kwee dan buatnya pun mudah aje. 
Jom kita berkongsi resepinya. 

Kuih Tepung Pelita/Kuih Tako
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
lapisan bawah:
  • 50gm tepung Hoen Kwee(putih)
  • 100 gm gula pasir
  • 600ml air
  • 50 ml air perahan daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 biji sengkuang cina-potong dadu kecil
Lapisan Atas:
  • 50gm tepung Hoen Kwee(putih)
  • 750 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
  1. Sediakan kelongsong pandan atau kelongsong daun pisang atau mangkuk secukupnya.
  2. Satukan semua bahan untuk lapisan bawah dan kacau rata.
  3. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan masak.
  4. Masukkan sengkuang cina dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan hingga 1/2 paras kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  6. Satukan semua bahan untuk lapisan atas dan kacau rata.
  7. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan masak.
  8. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah tadi hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  9. Kalau suka boleh simpan dalam peti ais untuk di dinginkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...