Sunday, 2 November 2014

KARI IKAN INDIAN STYLE




KARI IKAN INDIAN STYLE
Resepi Oleh : Sara

Bahan-bahan:-
  • 2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa,sis guna ikan bawal hitam
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
  2. Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
  3. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
  4. Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.Tumis hingga harum dan bawang garing.
  5. Bila dah garing masukkan bahan kisar,Masak lagi hingga garing dan terbit minyak.
  6. Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.Masak hingga cili benar-benar garing.
  7. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  8. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
  9. Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.Kemudian tambahkan air.Biarkan ia merenih sebentar.
  10. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  11. Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.