Tuesday 11 November 2014

Daging Masak Hitam Chef Ismail



Daging Masak Hitam Chef Ismail
Resepi:Chef Ismail

Bahan-bahan:
  • 100 ml minyak masak
  • 3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
  • 500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
  • 2 batang cili merah ~ di belah 2
  • 2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
  • 4 sudu besar kicap pekat 
  • 125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
  • 1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
  • Gula dan garam secukup rasa
  • *1 kiub daging
 *Kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi

Cara Penyediannya:
  1. Pijarkan minyak dalam kuali
  2. Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
  3. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
  4. Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
  5. Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
  6. Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
  7. Kacau rata sehingga kuahnya pekat
  8. Perasakan dengan garam dan gula
  9. Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
  10. Kacau hingga cili layur
  11. Sedia di hidangkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...