Monday, 17 November 2014

Biskut Badam Rangup


Assalamualaikum semua.
En3 tertunggak...buat time raya tempohari,lama dah tapi baru hari ni sempat siarkan.biskut fav ni,sebelum ni pun sis ada buat,en3 nya di SINI
Biskut ni sedap dan rangup,raya tahun depan sesiapa yang berminat boleh la cuba.


Biskut Badam Rangup
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)
UNTUK HIASAN:
  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

1 comment:

  1. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.