Sunday, 9 November 2014

Ayam Masak Serai



Ayam Masak Serai

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit-untuk lumur ayam
  • Garam,serbuk perasa dan gula-secukup rasa 
Bahan untuk di kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebesar ibujari halia
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.Perasakan dengan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.


3 comments:

  1. assalam norzie, macam masak merah jugak lah ye lebihkurang lah boley try tapi disini lebihkanserai sikit mesti wangi ni kan..

    ReplyDelete
  2. bagus masakan ni untuk kenduri kendara... untuk raya kena masak banyak...

    salam kenalan

    ReplyDelete
  3. I think this is an enlightening post and it is exceptionally valuable and proficient. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.