Kuih Koci Labu
Oleh:Norzie hany
Bahan untuk inti:
- 1/2 biji kelapa
- 3/4 cawan gula merah/gula melaka
- 1/4 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan.
- 1/2 cawan air
Cara buat inti:
- Masukkan air,gula merah atau gula melaka,gula pasir daun pandan dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
- Masukkan kelapa parut dan kacau hingga rata.Masak hingga inti kering.
- Angkat dan sejukkan.
Untuk kuih :
- 1/2 biji labu (rebus dan lecek)
- Tepung pulut-secukupnya
- Sedikit garam
- 1 cawan minyak masak
- Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
- Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk.
- Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak.
- Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
- Kukus didalam pengukus yang telah di panaskan selama 20-30 minit(sehingga masak).
*Boleh juga letak dadih-1 cawan santan pekat,1 sudu besar tepung beras dan sedikit garam kacau di atas api perlahan-lahan hingga pekat dan tidak bergentel.Letakkan sedikit dadih masa membungkus kuih koci.